awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

60 pelajar MRSM Gerik keracunan makanan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
05/04/2023
02:40 MYT
60 pelajar MRSM Gerik keracunan makanan
Sivanesan menegaskan, kerajaan negeri memandang serius kejadian keracunan makanan melibatkan pelajar MRSM itu dan akan membincangkannya dalam Mesyuarat Exco hari ini. - Foto Astro AWANI
IPOH: Seramai 60 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Gerik mengalami keracunan makanan selepas dipercayai makan juadah ayam masak merah ketika berbuka puasa pada Ahad.
Bagaimanapun, tiada kes dirujuk ke hospital, sebaliknya mereka hanya dirawat pasukan perubatan bergerak sebagai pesakit luar.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak, A Sivanesan berkata, pelajar Tingkatan Satu hingga Lima itu mengalami gejala sakit perut, cirit birit, muntah dan sakit kepala.
Katanya, kerajaan negeri kecewa dengan kejadian itu kerana ia melibatkan ramai pelajar.
“Temu bual dengan pelajar mendapati masakan ayam telah berbau semasa dimakan.
"Semasa makan pun sudah ada bau, takkanlah penyelia tidak tahu, takkanlah tukang masak tidak tahu. Jadi, macam mana ini dihidang kepada anak-anak kita?
“Disyaki bahawa, ayam mentah telah rosak sebelum dimasak,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.
Sivanesan pada masa sama mempersoalkan mengapa ayam berkenaan terus dimasak dan dihidangkan sedangkan ia disyaki telah rosak dari awal.
Tegasnya, kerajaan negeri memandang serius kejadian itu dan ia akan dibincangkan dalam Mesyuarat Exco hari ini untuk mengambil tindakan sewajarnya.
Di samping itu, katanya, dapur asrama sekolah berkenaan telah diarahkan tutup selama tiga hari dan 10 sampel klinikal telah diambil untuk dianalisa.
Untuk rekod, pada Januari 2018, media melaporkan seramai 34 pelajar maktab yang sama, terpaksa menerima rawatan apabila dipercayai mengalami keracunan makanan.
Topic Berkaitan
#keracunan makanan
#MRSM Gerik
#A Sivanesan
#Juadah Berbuka Puasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan