awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

60 pengunjung pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail ditahan positif dadah

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
28/11/2024
14:42 MYT
60 pengunjung pusat hiburan di  Jalan Sultan Ismail ditahan positif dadah
Khaw Kok Chin berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 4.30 pagi itu, polis memeriksa 181 pengunjung pusat hiburan tersebut. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis menahan 60 individu termasuk empat warga asing yang berusia 20 hingga 42 tahun kerana positif dadah dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, pada Sabtu lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 4.30 pagi itu, polis memeriksa 181 pengunjung pusat hiburan tersebut.
"Ujian saringan awal mendapati 56 warga tempatan dan empat warga asing didapati positif dadah dan terlibat dalam penyalahahgunaan barang terlarang itu," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Kok Chin memberitahu, polis turut merampas sebanyak 393.1 gram dadah jenis MDMA, 22.9 gram ketamine dan 0.8 gram ganja yang bernilai RM63,530.
Beliau memberitahu, mereka disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya, Seksyen 12(2), dan Seksyen 15(1) akta sama.
Menurutnya, sampel air kencing dan dadah dihantar ke Jabatan Patologi untuk siasatan lanjut.
"Pemeriksaan lanjut juga mendapati pusat hiburan ini mempunyai lesen perniagaan yang sah," ujarnya.
Topic Berkaitan
#ganja
#Dadah
#pusat hiburan
#ujian saringan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan