awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

61 peratus pekerja rancang cari kerja baharu pada 2022 - Kajian

Astro Awani
Astro Awani
05/12/2021
21:15 MYT
61 peratus pekerja rancang cari kerja baharu pada 2022 - Kajian
Kajian Employment Hero melibatkan 1,004 pekerja itu juga mendapati majoriti pekerja atau 45 peratus responden menyukai kerja mereka dan 24 peratus yang lain selesa dengan tugasan mereka sekarang. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kajian platform sumber manusia mendapati 61 peratus pekerja di Malaysia merancang untuk mencari pekerjaan baharu pada tahun hadapan dengan pekerja di bawah usia 35 tahun antara yang paling bersedia untuk menukar pekerjaan mereka.
Kajian Employment Hero melibatkan 1,004 pekerja itu juga mendapati majoriti pekerja atau 45 peratus responden menyukai kerja mereka dan 24 peratus yang lain selesa dengan tugasan mereka sekarang.
Hanya empat peratus responden mengatakan mereka tidak sukakan pekerjaan mereka dan dapatan itu menunjukkan bahawa kerja dan tugasan bukanlah masalah sebenar yang membuatkan mereka mahu mencari kerja lain.
BACA: Penambahbaikan pasaran buruh, pemulihan berterusan di suku ketiga, keempat 2021
BACA: Talentbank senarai 113 syarikat pekerjaan pilihan graduan tahun 2022
Sebaliknya, sebab utama untuk beralih arah adalah pertamanya, kerana kekurangan peluang untuk perkembangan kerjaya dengan 36 peratus responden berpendapat sedemikian, lapor The Star.
Faktor lain adalah kekurangan penghargaan atau pengiktirafan (27 peratus) dan kekurangan peluang untuk menyertai latihan berhubung kerjaya mereka (26 peratus).
Tiada kenaikan gaji, masalah pengurusan, bebanan kerja yang banyak, kekurangan fleksibiliti dan kewangan yang tidak sihat juga merupakan faktor mereka ingin berhenti.
Bahkan, tiga perempat atau 74 peratus responden daripada mereka yang menerima potongan gaji akibat COVID-19 berkata mereka akan mencari kerja baharu pada 2022.
Kekurangan Pekerja | Kerajaan utamakan pekerja tempatan
Ketika ditanya perkara yang boleh menjadi pendorong untuk mereka kekal dalam pekerjaan sekarang, 45 peratus responden mahukan kenaikan gaji dan 32 peratus mahukan lebih banyak ganjaran serta pengiktirafan.
Sementara itu, 28 peratus responden mahukan kenaikan pangkat, 28 peratus impikan pengenalan struktur bonus dan 24 peratus berharap adanya pilihan kerja yang fleksibel.
Topic Berkaitan
#Pekerjaan baharu
#pandemik
#Kajian
#sumber manusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan