awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyerang masjid New Zealand mulakan usaha rayu sabitan kes
Peniaga didakwa subahat beri rasuah RM32,000 kepada pembantu pendaftaran JPN
Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

61 tahanan etnik Rohingya lolos belum ditemukan

Bernama
Bernama
25/04/2022
14:12 MYT
61 tahanan etnik Rohingya lolos belum ditemukan
Wan Hassan berkata mereka terdiri daripada 51 lelaki dewasa, enam wanita dewasa, tiga kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki. - Gambar fail
ALOR SETAR: Seramai 61 tahanan etnik Rohingya yang lolos dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap dekat Bandar Baharu pada 20 April lepas masih lagi belum ditemukan setakat petang tadi.
Ketua Polis Kedah Wan Hassan Wan Ahmad berkata mereka terdiri daripada 51 lelaki dewasa, enam wanita dewasa, tiga kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki.
"Jumlah tahanan yang berada di depot pula adalah lapan orang iaitu tujuh lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan. Proses dokumentasi sedang dijalankan sebelum memindahkan mereka ke depot lain.
"Setakat 3 petang ini, seramai 467 tahanan berjaya ditahan semula iaitu 243 lelaki, 91 wanita, 68 kanak-kanak lelaki dan 65 kanak-kanak perempuan. Operasi mengesan baki tahanan lain masih berjalan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dalam kejadian awal pagi 20 April lalu, seramai 528 warga asing terdiri daripada etnik Rohingya merusuh dan melarikan diri daripada depot tahanan tersebut kira-kira 4.30 pagi.
Bagaimanapun enam daripada mereka termasuk dua kanak-kanak maut dirempuh kereta ketika cubaan melarikan diri di KM165 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Jawi, Pulau Pinang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tahanan imigresen lolos
#polis
#pencarian
#Wan Hassan Wan Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan