awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Bersama pastikan hidupan liar tidak terus mati dilanggar
Tempok, simbol identiti masyarakat Orang Asli
Lelaki berpakaian wanita: JAWI panggil jalankan siasatan lanjut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

6,323 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
11/11/2021
07:02 MYT
6,323 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini
Sebanyakm 6,323 kes baharu COVID-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam, kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Malaysia mencatatkan 6,323 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,528,821.
Pada 11 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,323 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,528,821 kes.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) November 11, 2021
Sementara itu, data COVIDNOW merekodkan pertambahan 59 lagi kes kematian dengan angka kumulatif ialah sebanyak 29,486 individu.
Jumlah itu juga termasuk 10 kes 'brought in dead' (BID) atau kes kematian di luar hospital.
Dalam tempoh sama, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan, 538 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 274 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.
Manakala, jumlah kes sembuh yang direkodkan ialah 5,337 kes, sekali gus menjadikan angka kumulatif bagi kes sembuh adalah sebanyak 2,435,459.
Sebahagian besar kes masih melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu 98.5 peratus atau 6,226 kes melibatkan pesakit tidak bergejala dan gejala ringan.
Selebihnya merupakan pesakit kategori 3, 4, dan 5 iaitu sebanyak 1.5 peratus atau bersamaan 97 kes.
Dalam pada itu, empat kluster baharu turut dikesan dengan 288 kluster masih lagi aktif sementara 5,540 kluster telah diisytiharkan tamat.
Daripada jumlah itu, tiga kluster membabitkan kluster tempat kerja di Selangor, Johor dan Pahang. Manakala satu lagi kluster adalah membabitkan Kluster Pendidikan Lain di Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Malaysia
#Noor Hisham Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan