Kesemua 638 usul UMNO Bahagian yang dibentangkan tahun lalu telah dijawab dan mendapat maklum balas daripada pihak kementerian, jabatan, agensi dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata daripada jumlah itu, 547 usul ditujukan kepada kementerian, jabatan dan agensi manakala 91 usul lagi ditujukan kepada MKT.
"Sebanyak 32 usul daripada 638 usul berkaitan kementerian, jabatan dan agensi telah dikembalikan semula untuk mendapatkan jawapan yang lebih tepat.
"Ini adalah kali pertama kita membuat susulan untuk mendapatkan jawapan usul daripada kementerian-kementerian berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata jawapan kepada usul-usul itu telah dikembalikan kepada Bahagian dan maklum balas usul turut dibentangkan dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian yang diadakan baru-baru ini.
Selain itu, Persidangan Meja Bulat dijangka diadakan dua minggu sebelum Perhimpunan Agung UMNO kali ini bertujuan meneliti dan memantapkan draf usul yang disediakan Jawatankuasa Usul MKT, katanya.
Ia melibatkan para cendekiawan, pakar akademik, tokoh korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan belia, golongan profesional, pihak swasta, mahasiswa dan pihak berkepentingan di luar UMNO.
Mengenai penyediaan Usul MKT, Hishammuddin berkata beliau akan mempengerusikan Usul Ucapan Dasar Presiden, Datuk Seri Mustapa Mohamed (usul ekonomi), Datuk Seri Jamil Khir Baharom (usul agama) dan Datuk Seri Mahdzir Khalid (usul pendidikan).
Terlibat sama, anggota MKT, Datuk Seri Sharkar Shamsudin (urus tadbir jurucakap-jurucakap termasuk pergerakan sayap), Datuk Razali Ibrahim (urus tadbir usul daripada bahagian-bahagian bersempena Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian dan usul pergerakan sayap) dan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki (urus tadbir persidangan meja bulat).
Selain itu, Pengerusi Biro Perlembagaan dan Perundangan Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak akan mengetuai urus tadbir komunikasi dan media manakala Pengerusi Biro Perlembagaan dan Perundangan Selangor, Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkaitan urus tadbir cadangan pindaan perlembagaan dan pentadbiran pemilihan UMNO.
Hishammuddin berkata gerak kerja jawatankuasa dan biro berkenaan akan mengadakan pertemuan dengan Badan Perhubungan UMNO Negeri dan ketua-ketua Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas berhubung usul yang akan dibentangkan dalam perhimpunan kali ini.
Semalam Presiden UMNO dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan pada 8 hingga 12 Dis ini.
Bernama
Thu Sep 10 2015
HISHAMMUDDIN: Sebanyak 32 usul daripada 638 usul berkaitan kementerian, jabatan dan agensi telah dikembalikan semula untuk mendapatkan jawapan yang lebih tepat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Hukuman zalim, tidak masuk akal, Tun Faisal rayu penggantungan dibatalkan
Beliau berkata Lembaga Disiplin parti terkhilaf apabila tidak mempertimbangkan secara adil fakta dan konteks sebenar kenyataannya.
IPD bermasalah: 30 peratus anggota ada masalah integriti serius - Ayob Khan
Lebih 30 peratus anggota di empat buah balai polis dan satu bahagian di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah di Johor, dikenal pasti mempunyai masalah rekod integriti lampau yang serius.
Warisan ke Semenanjung bukan untuk berlawan dengan sesiapa - Shafie Apdal
Warisan turut akan membuka cawangan atau bahagian di kawasan lain yang tiada masyarakat Sabah tetapi mempunyai permintaan.
Timbalan Ketua Bahagian, 22 AJK Bersatu Langkawi umum keluar parti
Turut sama meletakkan jawatan dan keluar parti ialah 22 daripada 25 ahli jawatankuasa (AJK) Bersatu Bahagian Langkawi.
Putra tidak bertanding PRN Sabah
Walaupun ada pemimpin bahagian yang sedia bertanding, namun mesyuarat perhubungan parti berkenaan semalam memutuskan perkara itu demi strategi masa depan Putra Sabah.
Pemimpin Pemuda UMNO desak Lembaga Disiplin siasat Lokman Adam
Mereka mendakwa Lokman sebagai ahli dan juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO telah melanggar disiplin parti.
Sistem Satu Ahli Satu Undi hanya di pemilihan cawangan, bahagian - Mukhriz
Mukhriz menjelaskan sistem SASU dilihat tidak pratikal digunakan bagi pemilihan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu.
Keluar daripada zon selesa jika mahu menang PRU14 - Zahid Hamidi
Semua pemimpin UMNO di peringkat bahagian hingga ke akar umbi diingatkan agar keluar daripada zon selesa dan tidak bermegah dengan jawatan yang mereka sandang jika mahu memenangi PRU14.
TPM tiba di Kuala Terengganu untuk rasmi tiga persidangan perwakilan bahagian UMNO
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Kuala Terengganu hari ini untuk merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Hulu Terengganu.