Semua pemimpin UMNO di peringkat bahagian hingga ke akar umbi diingatkan agar keluar daripada zon selesa dan tidak bermegah dengan jawatan yang mereka sandang sehingga lupa amanah kepada parti.
Timbalan Perdana Menteri dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pemimpin yang dipilih oleh anggota peringkat akar umbi perlu sedar tanggungjawab besar mereka adalah untuk memastikan Barisan Nasional (BN) kekal memerintah pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.
"Kita perlu melakukan muhasabah, apa yang telah silap kita lakukan. Allah mahu menguji kita akibat kita berada dalam zon terlalu selesa.
"Kita lupa janji-janji kita ketika sebelum jadi wakil rakyat, sebelum menjadi ketua bahagian, sebelum menjadi menteri, tidak peduli pada orang yang pernah tolong kita... baliklah ke pangkal jalan," katanya ketika merasmikan persidangan perwakilan UMNO bahagian Hulu Terengganu di dewan Akademi Binaan Malaysia sini hari ini.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari merangkap Ketua UMNO Hulu Terengganu.
Ahmad Zahid berkata kegagalan sesebuah organisasi dan parti itu disebabkan individu yang telah diamanahkan gagal untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.
Katanya UMNO hari ini menghadapi cabaran yang besar walaupun ia tidaklah sehebat krisis kepimpinan UMNO tahun 1998.
"Kita sedang hadapi cabaran, cabaran ini datang dan pergi, fikirkan apa kaedah untuk tangani masalah itu terutama persepsi negatif dari mahkamah pendapat umum," katanya.
Beliau berkata ketika ini bukan sahaja organisasi UMNO yang diasak hebat pembangkang malah presiden UMNO sendiri turut diserang dengan pelbagai fitnah dan tohmahan.
"Nakhoda kita (Presiden), jangan biar dia keseorangan, ujian itu datang, dengan izin Allah ia akan pergi. Jangan biar dia berseorangan, kita di akar umbi, ketika pemimpin susah, dia mahu harapkan sokongan akar umbi untuk menang PRU14," katanya.
Menurutnya krisis dalam UMNO bukan sahaja berlaku hari ini malah sejak zaman pemimpin terdahulu lagi, namun semua masalah dapat ditempuhi dengan kekalnya sokongan kuat daripada akar umbi.
Bernama
Fri Aug 28 2015
AHMAD ZAHID: UMNO hari ini menghadapi cabaran yang besar walaupun ia tidaklah sehebat krisis kepimpinan UMNO tahun 1998.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
KBS, SIC bantu penempatan Qabil Irfan bagi latihan komprehensif
KBS bersama SIC akan membantu penempatan baharu Qabil Irfan Azlan di Selangor selepas beliau diserap masuk sebagai atlet sepenuh masa dalam Program Pembangunan Sukan Permotoran.
UMNO perlu kerap turun padang beri penjelasan - Anwar
Anwar berkata hubungan parti-parti di dalam PH dengan UMNO adalah amat baik pada masa ini.
Karnival Kita MADANI perlu dianjurkan di peringkat akar umbi - Shamsul Anuar
Penganjuran karnival itu perlu diteruskan supaya gagasan Malaysia MADANI dapat difahami secara mendalam oleh setiap lapisan rakyat.
Anjur pertandingan di peringkat akar umbi untuk lahirkan bakat baharu - Adam Adli
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggesa persatuan sukan menganjurkan pertandingan di peringkat akar umbi bagi mencungkil lebih ramai bakat baharu terutama dalam acara bola sepak.
'Jangan kecewakan akar umbi yang setia' - Hishammuddin
Ahli akar umbi banyak mengusahakan kelangsungan dan masa depan parti sekaligus memperjuangankan penerimaan rakyat terhadap BN.
Tiada jalan mudah untuk MUDA - Adam Adli
Adam menjelaskan, PH perlu menyelesaikan beberapa perkara dahulu sebelum mempertimbang untuk menerima Muda, terutama sentimen akar umbi.
Kemenangan di Melaka isyarat terbaik adakan PRU - UMNO Taman Mawar
PRU juga boleh menghentikan perebutan jawatan dan tindakan saling mencabar sesama ahli politik.
Persidangan UMNO cawangan medan tepat akar umbi bincang perkukuh parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri mengajak ahli untuk membulatkan tekad agar UMNO sentiasa dipelihara.
Tunggu keadaan 'panas' reda dahulu - Azlan
Pendekatan tersebut diambilnya bagi mengelak keadaan di dalam parti menjadi lebih teruk dan dia sedia untuk bekerjasama dengan semua.