Kira-kira 64 peratus daripada 945 kes pembuangan bayi ditemui meninggal dunia bagi tempoh 2010 hingga 2018 kerana dibuang di tempat tidak sepatutnya seperti di tandas awam dan pembuangan sampah, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh.
Beliau berkata, justeru golongan remaja perempuan terutama yang hamil luar nikah digesa tidak membuang bayi yang dilahirkan sebaliknya menyerahkannya kepada pihak berkuasa atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) agar bayi tersebut dapat diselamatkan untuk dijadikan anak angkat pasangan memerlukan.
Katanya, setakat ini, kira-kira 1,000 pasangan yang sudah berkahwin tersenarai dalam senarai menunggu pengambilan anak angkat JKM dan mereka sentiasa menunggu peluang berkenaan.
"Fokus utama kami sekarang ini ialah untuk menyelamatkan nyawa bayi yang dilahirkan kerana mereka tidak bersalah dan nyawa mereka sangat berharga.
"Golongan remaja perempuan yang melahirkan anak luar nikah ini boleh mendapatkan bantuan dengan menelefon Talian Kasih 15999 dan JKM akan ke lokasi di mana mereka berada untuk melihat apa yang boleh dibantu.
"Ada banyak ibu bapa yang sedang menunggu peluang untuk menjaga bayi ini dan sekiranya bayi tersebut diserahkan kepada JKM atau tidak dibuang di tempat yang tidak sepatutnya, nyawa mereka akan dapat diselamatkan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Sekolah Harapan Negeri Melaka di sini, hari ini.
Sekolah Harapan yang dibuka pada 2011 itu bertujuan melindungi golongan remaja perempuan yang hamil luar nikah dan ketika ini seramai 10 penghuni berusia 16 hingga 27 tahun ditempatkan di pusat tersebut.
Mengulas lanjut, Yeoh berkata, 65 kes pembuangan bayi direkodkan dari Januari hingga Mei lepas dan tiga negeri yang mencatatkan kes tertinggi ialah Johor (13 kes), Selangor (11 kes) dan Kedah (lima kes).
Katanya, golongan remaja perempuan yang hamil luar nikah tidak patut dipinggirkan sebaliknya mereka perlu dibantu dari pelbagai aspek agar kehidupan mereka dapat diteruskan dengan baik terutama selepas melahirkan anak itu.
Selain itu, beliau berkata, kebanyakan remaja terlibat itu dihantui pengalaman atau sejarah hitam sehingga menjadi igauan yang dikesalkan sepanjang hayat mereka terutama apabila anak tersebut diserahkan kepada keluarga angkat.
Katanya, kempen mencegah pembuangan bayi sedang giat dilaksanakan kementeriannya dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Pihak Lebuhraya Utara Selatan dengan melekatkan poster berserta nombor Talian Kasih 15999 di pintu tandas di 22 Kawasan Rehat dan Rawat di seluruh negara selain Malaysia Airport Holdings Bhd, syarikat telekomunikasi dan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).
"Kempen ini akan diperluaskan seterusnya di pawagam seluruh negara untuk menyampaikan mesej tersebut dan kita perlu kreatif mencari kumpulan sasar iaitu golongan muda... di mana mereka berada, kalau tidak kena dengan kumpulan sasar, sukar untuk kita kurangkan kes pembuangan bayi," katanya.
Sementara itu, beliau berkata berdasarkan rekod Kementerian Kesihatan, kes kehamilan bayi luar nikah di negara ini iaitu mereka yang berusia 10 tahun hingga 19 tahun menurun daripada 18,000 kes pada 2011 berbanding 10,501 kes pada tahun lepas. - BERNAMA
Bernama
Fri Aug 02 2019
Sebanyak 64 peratus bayi yang dibuang meninggal dunia kerana dibuang di tempat yang tidak sepatutnya seperti tandas awam dan pembuangan sampah. - Gambar hiasan
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
64 peratus bayi dibuang ditemui meninggal dunia
Kira-kira 64 peratus daripada 945 kes pembuangan bayi ditemui meninggal dunia bagi tempoh 2010 hingga 2018 kerana dibuang di tempat tidak sepatutnya seperti di tandas awam dan pembuangan sampah.