KOTA KINABALU: Seramai 65 orang daripada 16 keluarga di Paitan dipindahkan sehingga 8 malam ini akibat banjir yang melanda daerah itu pada lewat petang tadi.
Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah berkata 33 orang daripada sembilan keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Dewan Kampung Kumbambangan dan 32 orang daripada tujuh keluarga di tempatkan di Dewan Kampung Batangon darat.
"Bencana banjir berlaku disebabkan hujan lebat berterusan sejak pagi tadi serta pertembungan air laut dan air sungai di daerah Paitan. Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan malam ini dijangka meningkat," katanya ketika dihubungi Bernama.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Misran Bisara pula berkata pihaknya menerima laporan kejadian banjir di Kampung Sibaung, Pitas dan kini dalam proses membantu mangsa yang terlibat.
Beliau berkata pihaknya turut menerima laporan kejadian tanah runtuh di Kampung Sungai Karang, Kudat dan pemeriksaan mendapati ia berlaku di tepi sebuah rumah.
"Tidak berlaku kerosakan struktur rumah. Penghuni rumah dinasihatkan supaya berpindah kerana keadaan tidak selamat dan berisiko. Tiada mangsa dilaporkan terlibat," katanya yang turut menasihati orang ramai supaya mengambil langkah keselamatan jika hujan lebat berterusan.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan pada 8.30 malam ini memaklumkan ribut petir diramal berlaku di pedalaman Sabah melibatkan daerah Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau hingga 1 pagi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 24 2023

Banjir berlaku disebabkan hujan lebat berterusan sejak pagi tadi serta pertembungan air laut dan air sungai di daerah Paitan. - Gambar hiasan

Pembersihan UMNO: Jangan salahkan Presiden, itu keputusan Lembaga Disiplin - Saarani
Saarani berkata sebagai ahli perlu akur kepada perlembagaan dan peraturan parti bahawa mana-mana ahli yang membuat silap dan melanggar disiplin akan dikenakan tindakan.

COVID-19 | Perancis lanjutkan ujian COVID bagi pelancong dari China
Perancis memutuskan untuk melanjutkan ujian COVID-19 terhadap pelancong yang tiba dari China sehingga 15 Februari kerana terdapat beberapa situasi dan perkembangan baharu.

Kerakusan Zahid bakal ranapkan UMNO - Penganalisis politik
Kerakusan Ahmad Zahid akan meranapkan UMNO dan bakal dicatat dalam sejarah sebagai Presiden yang menghancurkan UMNO, kata Kartini Aboo.

AWANI Ringkas: Penyelesaian banjir di Johor

AWANI Ringkas: Serangan bersenjata di Tehran

Vaksin COVID-19 | Jumlah penerima dos penggalak kedua bertambah, kini 2.4%
Kemas kini terbaharu di portal KKM NOW menunjukkan, dengan pemberian harian sebanyak 1,779 dos, bilangan penerima dos penggalak kedua kini meningkat kepada 2.4 peratus.

COVID-19 | 258 kes baharu, dua kematian dilaporkan
Untuk 21 hari berturut-turut, jangkitan baharu COVID-19 dalam negara kekal berada di bawah 500 kes.

Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.

Pembersihan UMNO: Pecat, gantung pemimpin atas syor Lembaga Disiplin - Isham
Isham menjelaskan, beliau tidak dapat mengulas lanjut tentang perincian pelanggaran disiplin yang dibuat pemimpin berkenaan kerana beliau bukan berada dalam Lembaga Disiplin.

THT pertaruh tiga import hadapi MHL
Mereka adalah Choi Hoil, Yoo Seung Ho dan Jang Jonghyun, bintang hoki Korea Selatan yang berpengalaman beraksi di pentas Olimpik.

49 sekolah terlibat banjir di Sabah
Sebanyak 49 sekolah dengan 15,531 pelajar terlibat kejadian banjir di tujuh daerah di Sabah hari ini.

Banjir Sabah: Jumlah mangsa dipindahkan meningkat kepada 607 orang
Jumlah mangsa banjir di Sabah memingkat kepada 607 orang berbanding 251 setakat jam 4 petang Rabu.

65 mangsa banjir dipindahkan di Paitan, Sabah
Seramai 65 orang daripada 16 keluarga di Paitan dipindahkan sehingga 8 malam ini akibat banjir yang melanda daerah itu pada lewat petang tadi.

Jumlah mangsa air pasang besar, banjir di Sabah kekal 1,606 orang
Jumlah mangsa banjir dan air pasang di Sabah terus meningkat kepada 1,606 orang susulan hujan berterusan sejak Jumaat lalu.

Fenomena air pasang dan banjir di Sabah, jumlah mangsa dipindahkan meningkat kepada 1,636
Jumlah mangsa banjir dan air pasang di Sabah terus meningkat kepada 1,626 orang susulan hujan berterusan sejak Jumaat lalu.

Banjir: 25 mangsa terperangkap di pusat peranginan Polumpung Sabah
Seramai 25 orang terperangkap dalam kejadian banjir di pusat peranginan Polumpung Kampung Melangkap Baru, Kota Belud pada Jumaat.

Mangsa banjir di Sabah tinggal 63 orang
Hanya satu PPS masih beroperasi iaitu Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir di Beaufort.

Seramai 923 mangsa banjir dipindahkan di Sabah
Tenom daerah paling terjejas dengan 396 mangsa banjir daripada 125 keluarga dipindahkan di lima PPS.

Beberapa kawasan di Lumadan banjir, tiada PPS dibuka - Ruslan
Setakat ini tiada lagi PPS yang dibuka memandangkan air telah mula surut sekitar pukul 5 petang tadi.

Banjir Sabah: Angka terus meningkat, 724 mangsa dipindahkan ke PPS
Seramai 724 mangsa banjir daripada 201 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas rumah mereka dinaiki air ekoran hujan berterusan sejak semalam.