KUANTAN: Sebanyak 6,750 notis kompaun kesalahan bernilai RM1,592,100 telah dikeluarkan kepada mereka yang melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 bagi tempoh 1 Januari hingga 28 Mei tahun ini.
Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus memberitahu, jabatan itu sentiasa mempergiatkan usaha bagi memastikan PPKHT 2004 dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan masyarakat daripada bahaya merokok.
Menurutnya, sempena sambutan Hari Tanpa Tembakau 2023 yang disambut pada 31 Mei setiap tahun, jabatan itu juga telah menjalankan operasi bersepadu PPKHT 2004 pada Jumaat dan Sabtu.
"Operasi ini melibatkan seramai 110 pegawai diberi kuasa dari semua daerah di negeri ini dilaksanakan di daerah Kuantan, Temerloh dan Bentong.
"Hasil daripada operasi ini, sebanyak 495 notis kompaun telah dikeluarkan dengan nilai sebanyak RM112,350 melibatkan pelbagai kesalahan merokok di tempat larangan merokok dan kegagalan pemilik memastikan tiada orang merokok," kata beliau dalam kenyataan pada Ahad.
Tambah beliau, operasi tersebut turut menguatkuasakan peraturan sedia ada berkaitan larangan merokok terhadap orang belum dewasa (OBD).
Jelas Azimi, menerusi operasi terbabit, seramai 57 OBD telah diberikan notis kerana didapati merokok, menghisap rokok elektronik/ vape atau memiliki hasil tembakau.
"Kita akan meneruskan operasi penguatkuasaan PPKHT 2004 bagi membendung tabiat merokok dan melindungi orang ramai daripada bahaya rokok," tambah beliau.
Bagi golongan perokok yang berhasrat untuk berhenti merokok, boleh mendapatkan maklumat serta berdaftar melalui laman sesawang jomquit.com. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun May 28 2023
JKNP telah menjalankan operasi bersepadu PPKHT 2004 pada Jumaat dan Sabtu. - Gambar/ Sinar Harian
KBS akan tambah baik infrastruktur sukan di Cameron Highlands
Kementerian Belia dan Sukan berhasrat untuk menambah baik infrastruktur sukan di Cameron Highlands bagi memberi sokongan kepada atlet di kawasan itu sehingga ke peringkat akar umbi.
Bekerja sambil lewa mengkhianati amanah - Mufti P. Pinang
Jika seseorang pegawai atau pekerja tidak bersungguh-sungguh menunaikan pekerjaannya atau bekerja sekadar "melepaskan batuk di tangga" sahaja maka dia dikira mengkhianati amanah.
Faisal Halim semakin stabil
Faisal selesai jalani pembedahan kedua yang berlangsung selama tiga jam petang semalam.
PM doakan Faisal Halim segera sembuh
Perdana Menteri titip doa agar Faisal dikurniakan afiyah sesegera mungkin dan kembali meneruskan perjuangannya dalam sukan bola sepak.
Tanam padi guna sistem air bawah tanah akan dilaksana atasi kesan kemarau
Kerajaan akan melaksanakan kaedah tanaman padi menggunakan sistem air bawah tanah sebagai persediaan menghadapi cuaca panas yang dijangka lebih buruk tahun hadapan.
Kempen 'RevUp and Register' perkasa penggunaan domain .my
MYNIC, melancarkan kempen 'RevUp and Register' bagi memperkasa pertumbuhan salah satu aset digital negara iaitu nama domain .MY.
59 projek pacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson - MB
Sebanyak 59 projek dicadang dilaksanakan bagi memacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson sekali gus menjadikan ia sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.
Media arus perdana perlu tingkat kualiti, bersaing dengan wartawan segera
Peningkatan kualiti mustahak bagi memastikan media arus perdana terus menjadi sumber rujukan utama rakyat melibatkan pelbagai isu semasa.
DSA : Simulator pesawat TUDM beri peluang pengunjung kendali pesawat pejuang
Simulator penerbangan FITs dibangunkan TUDM, memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman mengendalikan pesawat pejuang.
Panggung Bangsawan Melaka platform perkasa seni, budaya tempatan - Ab Rauf
Panggung Bangsawan Melaka akan menjadi platform pemerkasaan industri seni dan budaya tempatan warisan kaum berbilang bangsa di negara ini.
6,750 notis kesalahan merokok libat kutipan RM1.6 juta di Pahang
Sebanyak 6,750 notis kompaun kesalahan bernilai RM1,592,100 telah dikeluarkan kepada perokok di Pahang tahun ini.
Lelaki didenda RM1,000 cederakan pekerja Starbucks
Mitchel Glend Samson mengaku bersalah atas pertuduhan dihadapinya dan diperintah menjalani hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.
Tempat makan bukan tempat merokok, larangan tetap diteruskan
Keputusan kerajaan itu mengambil kira kepentingan orang ramai secara keseluruhan terutama kepada kanak-kanak dan wanita.