Sebanyak 695 laporan polis diterima berhubung pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara semenjak ia dikuatkuasakan kerajaan pada 18 Mac lepas.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata daripada jumlah itu, 28 didapati melanggar perintah tersebut manakala selebihnya masih dalam siasatan.
“Angka ini membuktikan bahawa ada lagi individu yang masih berdegil... kalau ramai yang masih degil, kemungkinan wabak ini bertambah besar dan mungkin kaedah lain terpaksa dilakukan untuk mengekang penularan wabak COVID-19 ini.
“Kalau semua rakyat mendengar arahan, berkemungkinan jumlah laporan keseluruhan yang diterima berhubung pelanggaran perintah ini tidak begitu tinggi,” katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam tadi.
BACA: 95 peratus pematuhan pada hari kelapan PKP
Pada 16 Mac lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pelaksanaan PKP yang berkuatkuasa pada 18 Mac sehingga 31 Mac bagi mengekang penularan COVID-19. Kerajaan pada Rabu mengambil keputusan untuk melanjutkan PKP sehingga 14 April.
Selain itu, beliau berkata sebanyak 94 kertas siasatan telah dibuka, enam kes telah dibicara di mahkamah dan 80 kes masih dalam siasatan berhubung penyebaran berita palsu berkaitan COVID-19.
BACA: Maki polis, buruh asing ditahan dalam sekatan PKP
BACA: Hina polis jalan tugas pantau Perintah Kawalan Pergerakan, lelaki direman empat hari
Berikutan itu, Hamzah turut memberi amaran kepada mana-mana individu yang menyebar berita palsu akan berdepan dengan tindakan tegas.
“Berminat dengan berita palsu, saya nak ingatkan mereka yang didapati mengeluarkan berita palsu boleh dituduh dengan kesalahan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.
“Jangan ada sindrom berita tergempar di mana masyarakat terus mempercayai dan berkongsi maklumat palsu. Sila semak fakta terlebih dahulu sebelum menyebarkannya kepada orang lain yang boleh mencetuskan panik,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 25 2020
Hamzah (kanan) ketika ditemu bual pengacara Sherkawi Jirim pada program Ruang Bicara bertajuk 'COVID-19: Perintah Kawalan Pergerakan' terbitan Bernama TV di Wisma Bernama, Kuala Lumpur, 25 Mac. --fotoBERNAMA
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Banjir: TNB nafi putuskan bekalan elektrik di Alor Setar
TNB Careline memaklumkan dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan meminta orang ramai untuk tidak mudah percaya kepada mesej yang tidak disahkan.
Pendekatan komprehensif antara pemain media dan pihak berkuasa depani salah guna AI - Ashwad Ismail
Pendekatan komprehensif di antara kerajaan, pemain industri media serta pihak berkuasa perlu digerakkan bagi mendepani risiko penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) terutamanya berkaitan peny
LHDN tidak pernah hantar pautan status bayaran balik melalui portal MyTax
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak pernah menghantar sebarang pautan kepada pembayar cukai berkaitan status bayaran balik melalui portal MyTax, menurut agensi pentadbir cukai itu.
Kerap 'disajikan' unsur negatif di media sosial cetus masyarakat pemikiran jumud - Pakar
Perkembangan teknologi sepatutnya melahirkan masyarakat intelektual namun ia boleh jadi sebaliknya jika pengguna media sosial gagal menapis bahan negatif yang terdapat dalam rangkaian internet.
Media sosial Barat banyak temberang, hapuskan aplikasi mereka - Duta BRICS
Nasser berkata, untuk melemahkan doktrin Barat, perlu hapuskan aplikasi ciptaan mereka dan sokong media baharu yang adil dalam pelaporan.
Dakwaan larangan pengeluaran KWSP untuk haji berunsur fitnah - Lim
Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying menegaskan sebarang dakwaan mengenai larangan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tujuan menunaikan ibadah haji adalah tidak benar.
AI bukan ancaman kepada industri media - Wartawan veteran
Kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam industri media tidak harus dilihat sebagai satu ancaman.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
COVID-19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
Mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes yang melangkaui keraguan munasabah terhadap Muhammad Zaki.
Pendakwaan tarik balik rayuan, Lokman Adam kekal bebas tuduhan sebar berita palsu
Lokman Noor Adam kekal lepas dan bebas daripada pertuduhan menyebarkan berita palsu di laman Facebook miliknya berhubung kematian seorang pegawai polis akibat vaksin, tiga tahun lepas.