PERGERAKAN Pemuda UMNO Malaysia memandang serius isu cadangan pengambilalihan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang oleh WCT Berhad melalui anak syarikat mereka Subang Skypark Sdn Bhd (SSSB).
LTAAS adalah antara 39 lapangan terbang di seluruh negara yang diuruskan oleh Malaysian Airport Holdings Berhad (MAHB).
MAHB adalah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dimiliki oleh institusi seperti Khazanah Nasional Berhad, KWSP, KWAP dan ASB yang bertindak sebagai operator lapangan-lapangan terbang ini melalui satu perjanjian konsesi jangka panjang bersama Kerajaan Malaysia.
Antara mandat MAHB adalah untuk memastikan caj perkhidmatan penumpang yang dikenakan kepada rakyat yang menggunakan lapangan terbang di negara ini adalah berpatutan dan memastikan agar semua 39 lapangan terbang ini beroperasi dengan lancar dan baik.
Pemuda UMNO Malaysia berpendapat agar sebarang usaha pengambilalihan oleh WCT Berhad ini harus dihentikan serta merta berasaskan tujuh asas berikut:
1. Aset lapangan terbang adalah aset strategik bagi negara terutamanya melibatkan soal keselamatan negara, ketenteraan, keterhubungan wilayah dan rancangan pembangunan ekonomi negara.
Kawalan ke atas aset ini melalui syarikat GLC adalah penting bagi menjamin kepentingan negara (national interest) tidak terlepas ke tangan pihak swasta yang lebih berorientasikan ‘memaksimumkan keuntungan’.
2. LTSAAS adalah antara lapangan terbang yang memberikan keuntungan besar kepada MAHB dan hasil pendapatan dari LTSAAS digunakan untuk membiayai operasi atau subsidi bersilang (cross-subsidy) lapangan-lapangan terbang lain termasuklah lapangan terbang kawasan terpencil di Sabah dan Sarawak.
3. Cadangan oleh WCT Berhad dibuat dengan tergesa-gesa dan dilihat mengambil kesempatan di kala kekeliruan negara sedang dilanda gelombang baru wabak pandemik COVID-19 dan pemulihan ekonomi negara.
Cadangan ini difahamkan cuba diangkat tanpa melibatkan entiti penting seperti Kerajaan Negeri Selangor, Unit Perancang Ekonomi (EPU) JPM, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) dan lain-lain.
4. Model perniagaan yang ditawarkan oleh WCT Berhad untuk LTSAAS adalah lebih bercorak pembangunan hartanah mewah dan gedung membeli belah untuk keuntungan jangka masa singkat semata-mata.
5. Cadangan WCT Berhad untuk LTSAAS juga tidak holistik dan tersasar jauh dari Pelan Induk Pembangunan lapangan Terbang Subang yang dibangunkan oleh MAHB sendiri.
Pelan ini bertujuan untuk meletakkan Subang sebagai Hub Aeroangkasa Global yang boleh mencipta lebih 19,000 pekerjaan berpendapatan dan berkemahiran tinggi dan seterusnya menyokong sebanyak 74,000 pekerjaan dalam keseluruhan ekonomi.
6. MAHB mempunyai kepakaran, keupayaan dan pengalaman untuk melaksanakan Pelan Induk Pembangunan Lapangan Terbang Subang ini termasuklah perlaburan berjumlah RM1.3 billion yang dibiayai sendiri oleh MAHB.
7. Kerajaan Perikatan Nasional (PN) ini tidak boleh meneruskan lagi pendekatan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang ghairah menjual aset-aset strategik dan bernilai tinggi milik Kerajaan kepada pihak swasta untuk membiayai operasi Kerajaan.
Justeru, Pemuda UMNO Malaysia mendesak agar cadangan yang dimaklumkan sudah sedia untuk dibawa ke peringkat Kabinet haruslah dihentikan serta merta bagi menjamin kepentingan MAHB yang hakikatnya mewakili kepentingan rakyat dan negara secara keseluruhannya!
Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
18 Mei 2021
Kenyataan Media
Tue May 18 2021
LTAAS adalah antara 39 lapangan terbang di seluruh negara yang diuruskan oleh Malaysian Airport Holdings Berhad (MAHB). -Gambar fail
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Enam syarikat penerbangan sambung semula operasi di Lapangan Terbang Subang 1 Ogos
Loke berkata enam syarikat penerbangan tersebut ialah FireFly, AirAsia Malaysia, Batik Air Malaysia, SKS Airways, Transnusa, dan Scoot Pte Ltd.
Perkhidmatan jet di Subang mula beroperasi pada suku ketiga 2024 - Menteri Pengangkutan
Perkhidmatan jet di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang akan mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS
Insiden melibatkan pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd.
MAVCOM lakukan pemeriksaan di KLIA, LTSAAS pastikan kelancaran sempena Aidilfitri
Hampir 700,000 penumpang dijangka menaiki penerbangan sepanjang tempoh Hari Raya Aidilfitri.
Kabinet lulus naik taraf Lapangan Terbang Subang sebagai hab serantau
Fokus terhadap pembangunan Ekosistem Aeroangkasa, Penerbangan Am dan penerbangan perniagaan serta Lapangan Terbang Bandar Raya atau Sekunder.
Balu juruterbang helikopter terhempas tuntut mayat di HRPB Ipoh
Wanita berkenaan tiba di perkarangan Jabatan Forensik kira-kira jam 10.40 pagi.
Invest Selangor komited pacu hab penerbangan perniagaan dan am menerusi SAS 2022
Invest Selangor terus komited merangsang hab penerbangan perniagaan dan am negara dengan menganjurkan Pameran Penerbangan Selangor 2022 (SAS2022).
Perkhidmatan e-hailing semakin pulih di LTSAAS
Lebih tiga jam berada di sana, hampir setiap 10 minit, pasti akan hadir pemandu e-hailing, berhenti di checkpoint disediakan untuk mengambil penumpang.
Parlimen: Kerajaan ulang pendirian tidak luluskan penjualan atau pengambilan LTSAAS
Hak dan operasi lapangan terbang itu masih seperti yang diperuntukkan dalam perjanjian pajakan sebelum ini.
Kelulusan kerajaan penting bangunkan lapangan terbang Subang - MAHB
MAHB masih memiliki pajakan selama 60 tahun iaitu sehingga tahun 2067 ke atas tanah yang terletaknya LTSAAS buat masa ini.