PUTRAJAYA:Sebanyak tujuh kematian baharu akibat COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini seramai 501 orang.

Berikut merupakan tumpuan sidang media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.

1. 1,741 kes baharu COVID-19, jumlah kes keseluruhan kini sebanyak 120,818 kes.

2. Tujuh kes kematian baharu, jumlah kumulatif kini 501 kes.

3. Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini 22,089 kes.

4. 122 kes sedang dirawat di ICU, 53  kes memerlukan bantuan pernafasan.

5. KKM melaporkan pertambahan lima lagi kluster baharu.

COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)

[SIDANG MEDIA] Perkembangan jangkitan kes #COVID19 - 4 Jan 2020