awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lata Bayu ditutup sementara, dua pengunjung disyaki dijangkiti kencing tikus

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
17/06/2024
21:40 MYT
Lata Bayu ditutup sementara, dua pengunjung disyaki dijangkiti kencing tikus
Pegawai dari Jabatan Kesihatan Daerah Baling telah diarahkan melakukan pemantauan dan pendidikan kesihatan di pusat rekreasi itu. - Astro AWANI
BALING: Pusat Rekreasi Lata Bayu, Asam Jawa di sini ditutup sementara selepas dua pengunjung disyaki dijangkiti penyakit kencing tikus.
Pegawai Daerah Baling, Yazlan Sunardie Che Yahaya berkata, arahan penutupan hutan lipur itu terpaksa dibuat selepas Pejabat Kesihatan Daerah Baling melaporkan terdapat dua mangsa kini sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di Kedah.
“Arahan penutupan sementara dikeluarkan Jabatan Perhutanan Kedah bagi siasatan kes dan aktiviti pencegahan seterusnya.
"Penutupan sementara ini dilakukan berikutan terdapat kes leptospirosis (kencing tikus) yang mempunyai sejarah mandi di Lata Bayu dilaporkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Baling.
"Langkah ini diambil bagi menjaga kesihatan dan keselamatan orang awam yang berkunjung ke kawasan rekreasi Lata Bayu," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Yazlan Sunardie berkata, pengunjung yang sudah mandi di situ dan mempunyai gejala seperti demam, sakit badan, sakit kepala, muntah, cirit-birit, sakit perut dan mata kemerahan diminta mendapat rawatan segera di klinik atau hospital yang berhampiran.
Sementara itu, Pengarah Perhutanan Kedah, Muhammad Abdullah ketika dihubungi berkata, kain rentang amaran sudah diletakkan di kawasan itu.
Katanya, pegawai dari Jabatan Kesihatan Daerah Baling telah diarahkan melakukan pemantauan dan pendidikan kesihatan di pusat rekreasi itu.
Topic Berkaitan
#kencing tikus
#lata bayu
#hutan lipur
#ICU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan