KUALA LUMPUR:Enam lokaliti di Semporna dan satu lokaliti di Kunak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) bermula 11 Oktober sehingga 24 Oktober.

Berikut adalah tumpuan dalam sidang media mengenai perkembangan COVID-19 oleh Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

1. Enam lokaliti di Semporna ialah Kampung Bangau-Bangau, Kampung Panji, Kampung Air, Kampung Selamat, Kampung Simunul dan Kampung Pinggir Bakau, manakala di Kunak ialah Kampung Pangkalan.

2. Kawasan Penjara Pokok Sena, menyebabkan kawasan itu termasuk kuarters kakitangan, diletakkan dalam tempoh PKPD bermula 11 Oktober hingga 24 Oktober.

3. Tempoh PKPD Bersyarat akan dilanjutkan di empat daerah di Sabah iaitu Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu, bermula 13 Oktober hingga 26 Oktober.

4. Majlis perkahwinan di kawasan PKPD Bersyarat perlu di bawah pengawasan anggota RELA dan jika dibuat di hotel, perlu dipantau pihak pengurusan.

5. PDRM telah menahan 381 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP, sembilan daripadanya direman dan selebihnya dikompaun.