awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusuhan di Pasar Awam Melor, 12 individu ditahan - Polis
PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah
Amaran banjir di Pasir Mas dan Tumpat bermula tengah malam ini - JPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

72 peratus pekerja muda pertimbang bekerja di luar negara untuk prospek kerja lebih baik

Bernama
Bernama
16/11/2021
05:26 MYT
72 peratus pekerja muda pertimbang bekerja di luar negara untuk prospek kerja lebih baik
Pandemik telah memberi pelbagai sebab kepada bakat untuk mengubah hala tuju dalam kerjaya mereka atau meneroka ke luar negara seiring dengan dunia yang semakin terbuka. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Satu penyelidikan oleh Employment Hero iaitu penyelesaian pekerja, senarai gaji dan faedah yang lengkap untuk perniagaan bersaiz kecil hingga sederhana, mendedahkan 72 peratus pekerja muda Malaysia mempertimbangkan untuk bekerja di luar negara untuk mendapatkan prospek kerjaya yang lebih baik.
Dalam Laporan Pergerakan dan Pengekalan Pekerja 2021, ia berkata angka itu yang diperoleh daripada 1,004 pekerja yang dikaji, adalah lebih tinggi berbanding negara lain yang ditinjau seperti Singapura (55 peratus) dengan antara sebab utamanya ialah gaji dan prospek kerjaya yang lebih baik
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Employment Hero Ben Thompson berkata, pandemik ini telah memberi pelbagai sebab kepada bakat untuk mengubah hala tuju dalam kerjaya mereka atau meneroka ke luar negara seiring dengan dunia yang semakin terbuka.
"Petunjuk terbesar bahawa sesuatu perlu diubah ialah apabila 24 peratus warga Malaysia menyatakan bahawa mereka "gemar" pekerjaan mereka dan 45 peratus pula "menyukainya", tetapi kebanyakan daripada mereka telah merancang untuk meninggalkan pekerjaan masing-masing.
"Ini adalah masalah bagi majikan tempatan dan seharusnya mendorong ramai majikan untuk menilai semula dasar, budaya kerja serta strategi pengekalan mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Laporan itu menambah 61 peratus pekerja merancang untuk mencari peranan baharu dalam tempoh 12 bulan akan datang - kadar tertinggi berbanding semua negara yang ditinjau (Singapura 59 peratus, Australia 48 peratus, New Zealand 50 peratus dan United Kingdom 55 peratus).
"Antara sebab utama mereka ingin meninggalkan organsisasi adalah kekurangan pembangunan kerjaya (36 peratus), diikuti dengan kekurangan penghargaan atau pengiktirafan (27 peratus) dan kekurangan peluang latihan (26 peratus).
"Sebab-sebab lain pula ketiadaan kenaikan gaji, masalah pengurusan, berasa mereka bekerja terlalu kuat dan kekurangan fleksibiliti," jelasnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#luar negara
#prospek kerja
#golongan muda
#Kajian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan