Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan sejumlah 72 pertubuhan sebagai menyalahi undang-undang kerana ia dikenal pasti mempunyai elemen kongsi gelap, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Beliau berkata tindakan itu dibuat dengan mengambil kira ancaman yang boleh dicetuskan oleh pertubuhan terbabit termasuk kegiatan yang boleh mengganggu gugat ketenteraman dan menimbulkan keadaan takut kepada jenayah di kalangan masyarakat.
"Pertubuhan ini sama ada yang berdaftar atau tidak berdaftar biasanya melakukan kegiatan kongsi gelap seperti jenayah terancang, gengsterisme, bunuh, cubaan membunuh, pemerasan, ugutan dan pengedaran dadah.
"Mengambil kira ancaman itu, kita ambil langkah bagi mengekang kegiatan pertubuhan-pertubuhan ini," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Diraja pada Persidangan Dewan Negara hari ini.
Nur Jazlan berkata mana-mana individu yang menyertai pertubuhan berkenaan juga boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 43 dan 52 (3) Akta Pertubuhan 1966.
Nur Jazlan berkata KDN melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah menjalankan Ops Cantas Khas 1 dan 2 bagi mengawal kegiatan berkenaan.
Sementara itu, ketika menjelaskan mengenai perkembangan kehilangan dua pastor iaitu Raymond Koh Keng Joo dan Joshua Hilmy serta isterinya pada Februari lalu, Nur Jazlan berkata PDRM masih menjalankan siasatan bagi mengesan mangsa dan suspek yang bertanggungjawab.
Bagi kes Koh, seorang suspek telah ditahan namun didapati bukan suspek utama tetapi hanya mengambil kesempatan serta telah dituduh kerana melakukan pemerasan, katanya.
Bagi kes Joshua, PDRM masih berusaha mendapatkan petunjuk baharu memandangkan masih tiada pihak yang menyalurkan maklumat atau meminta sebarang tebusan serta belum ada sebarang tangkapan setakat ini.
Mengenai isu sebuah akhbar tempatan Nanyang Siang Pau berhubung karikatur yang dianggap menghina Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Nur Jazlan berkata kementerian itu sedang memantau bagi memastikan pengurusan akhbar itu mengambil tindakan terhadap individu terlibat.
"Siasatan telahpun dijalankan berdasarkan laporan yang diterima. Akhbar itu diberikan surat amaran keras dan mendesak diambil tindakan terhadap editor, sub editor, pelukis kartun tersebut seperti dikenakan gantung kerja atau tindakan dalaman," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 20 2017
Nur Jazlan berkata PDRM masih menjalankan siasatan bagi mengesan mangsa dan suspek yang bertanggungjawab dalam kes kehilangan dua pastor Raymond Koh Keng Joo dan Joshua Hilmy serta isterinya pada Februari lalu. -Gambar fail
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
FBI siasat ancaman bom terhadap calon Kabinet Trump
FBI menyedari banyak ancaman bom dan insiden 'swatting' yang menyasarkan calon dan pelantikan pentadbiran baharu.
Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman terhadap Presiden Marcos Jr
Biro Penyiasatan Nasional menyerahkan sepina di pejabat Duterte dan meminta agar beliau hadir di hadapan pengarah biro pada Jumaat.
Ancaman buaya, Melaka pastikan keselamatan penduduk lembangan Sungai Malim
Perhilitan Melaka terus diharapkan supaya dapat memasang perangkap di sungai tersebut bagi menangkap haiwan liar berkenaan.
Negara Barat tidak boleh paksa Iran ikut kehendak mereka dengan kenakan sekatan - Menteri Luar
Tehran bersedia untuk terlibat dalam dialog yang saling menghormati, bukannya ancaman dan tekanan.
Perpaduan global penting atasi ancaman tidak kelihatan - PM Korea Selatan
Ancaman tidak kelihatan tidak boleh ditangani semata-mata melalui pertahanan negara, menurut PM Korea Selatan Han Duck Soo.
20 tahun di balik tirai besi, bekas banduan Al-Maunah kesal terperdaya ajakan rakan
Abe Li terperdaya disebabkan terlalu percaya kata-kata rakannya bahawa ajaran itu hanya melibatkan ilmu perubatan dan persilatan.
Polis siasat ancaman di laman web Kedutaan Jerman
Hampir 100 mesej disiarkan di laman web itu sejak Selasa, termasuk ancaman memasang bahan letupan di kedutaan atau meletupkan kemudahan utama.
Tiada risiko terhadap Adele selepas ancaman serangan kepada Taylor Swift - Polis Jerman
"Kami sentiasa mengkaji semula dan jika ada apa-apa yang konkrit muncul, kami pasti akan bertindak balas."
Usaha kenal pasti tekanan dihadapi terumbu karang diperhebat
DOF akan terus menjalankan pemantauan berterusan terhadap terumbu karang serta kualiti air bagi memelihara perairan lautan negara.
AI tidak patut dilihat sebagai ancaman
Banyak perkara yang kecerdasan buatan (AI) tidak mampu tandingi dari segi keupayaan lain yang ada pada manusia.