Beberapa kawasan di Kuala Lumpur, Gombak, Petaling dan Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air sementara akibat kerja-kerja penyelengaraan loji rawatan air Sungai Selangor.
Perkara tersebut diumumkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sendirian Berhad (Syabas).
Gangguan ini melibatkan 74,890 akaun di kawasan berkenaan terjejas.
Syabas turut memaklumkan beberapa kawasan akan mengalami tekanan air rendah.
Jelas Syabas bekalan air dijangka pulih secara berperingkat dalam tempoh 48 jam.
Sementara itu pihak Syabas turut membuat segala penyediaan yang boleh dilakukan bagi mengurangkan kesan gangguan bekalan air kepada para pengguna.
Pada masa yang sama, para pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut.
Maklumat gangguan air berjadual ini boleh diperolehi di laman web syabas di www.syabas.com.my atau talian Puspel 1-800-88-5252.
Kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air adalah:
BUKIT KIARA
1) Kelab Diraja Selangor
2) Bukit Kiara Resort
3) Pusat Sukan Bukit Kiara
4) Pusat Sains Negara
5) Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
6) Suruhanjaya Sekuriti
7) Bahagian Teknologi Pendidikan
8) Pusat Konvensyen Sime Darby
BUKIT DAMANSARA
1) Jalan Segambir
2) Jalan Belimbing
3) Jalan Setiabistari
4) Jalan Setiamurni 1-12
5) Jalan Setiabudi
6) Jalan Setiarasa
7) Jalan Setiaraya
8) Jalan Setiajaya
9) Jalan Medan Setia
10) Jalan Setiabakti
11) Jalan Setiakasih
12) Plaza Damansara
13) Taman Seri Beringin
WILAYAH GOMBAK
1) Bandar Sri Damansara
2) Kepong Industrial Park
3) Kawasan Industri Tago
4) Sunway SPK
5) Wangsa Permai
6) Desa Park City
7) Taman Bukit Maluri
8) Manjalara Kepong
9) Desa Aman Puri
10) Medan Putra
11) Country Height Damansara
12) Sunway SPK Harmoni 3
WILAYAH HULU SELANGOR
1) Kampung Sungai Serai
2) seluruh Kuang
3) Kampung Baru
4) Kampung Melayu Sri Kundang
5) Kampung Permata
6) Taman Des
7) Bandar Baru Kundang
8) Kundang Jaya
9) Bandar Tasik Puteri
10) Taman Tasik Biru
11) Taman Perindustrian
WILAYAH PETALING
1) Bukit Rahman Putra
2) Taman Impian Indah
3) Taman Sri Putra
4) Saujana Akasia
5) Taman Sri Putra Mas
6) Taman Matang Jaya
7) Kampung Matang Pagar
Astro Awani
Mon Jun 17 2013
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Usul bahas laporan RCI bukan untuk dakwa mana-mana pihak
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, 47 halaman muka surat yang dihitamkan dalam laporan RCI bertujuan melindungi keselamatan dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.
Saya tidak berdendam dengan Najib, saya PM kena adil - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak berdendam dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu Lembaga Pengampunan dan titah adendum.
Beliau menyifatkan pihak yang mengecamnya sebagai individu kurang berilmu kerana cuba untuk mengulas isu berkenaan walaupun tidak mendapat maklumat tepat.
Beliau menyifatkan pihak yang mengecamnya sebagai individu kurang berilmu kerana cuba untuk mengulas isu berkenaan walaupun tidak mendapat maklumat tepat.
Najib pertahan sumbangan kerabat diraja Arab Saudi
Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis bahawa adalah munasabah untuk beliau mempercayai bahawa wang yang diterima dalam akaun bank peribadi AmIslamik merupakan sumbangan daripada pemerintah Arab Saudi iaitu Almarhum Raja Abdullah bin Abdulaziz Al Saud.
Dua lelaki ditahan, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di Kluang, Johor pada Selasa lepas.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
JMB perlu selesai isu meter individu - Kor Ming
Aie Selangor akan berbincang dengan JMB mengenai migrasi akaun meter pukal kepada akaun bekalan air meter individu bagi menyelesaikan masalah pemotongan bekalan air secara keseluruhan.
Portal MyAssist MSME, kemudahan pusat sehenti bantu PKS - PM
Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan Portal MyAssist MSME sebagai satu solusi norma baharu bagi keperluan fasilitasi perniagaan PKS.
Kepimpinan UMNO digesa sokong segala inisiatif tangani pandemik COVID-19
Seluruh kepimpinan UMNO diseru agar berganding bahu mempergiatkan usaha diperingkat masing-masing untuk menyokong segala inisiatif menangani pandemik COVID-19.
Gangguan air: 948 kawasan pulih sepenuhnya, 344 masih dalam proses pemulihan
Air Selangor sedang mengambil tindakan untuk menstabilkan sistem agihan bagi memulihkan kawasan-kawasan yang sepatutnya sudah pulih pada 12 tengah malam tadi.
'Tahniah petugas barisan hadapan! Tahniah rakyat Malaysia!' - PM
Jelas Muhyiddin, jumlah kes harian tempatan menurun sehingga merekodkan angka satu digit sejak akhir-akhir ini.
PKP, PKPB berjaya turunkan kadar jangkitan COVID-19 - PM
Malaysia telah berjaya membendung penularan COVID-19 dengan berkesan dan sedang memasuki fasa pemulihan ketika ini.
Pelajar Politeknik PD hasil pelindung muka 3D
Penghasilan pelindung muka tersebut menggunakan teknologi potongan laser serta cetakan 3D. - KPT
"Anda adalah manusia yang hebat," Perdana Menteri puji rakyat Malaysia
Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan penghargaan kepada semua rakyat Malaysia kerana menjadi manusia yang hebat dalam mengharungi kesusahan sepanjang negara dilanda COVID-19.
Air Selangor pemegang lesen tunggal perkhidmatan air mulai 13 Sept
CEO Air Selangor berkata pihaknya berjaya memuktamadkan sepenuhnya penstrukturan industri bekalan air selepas menyempurnakan pengambil alihan lima syarikat konsesi milik swasta.
Ladang babi curi air bersih diserbu SPAN
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) melakukan satu serbuan ke atas sebuah ladang ternakan babi di Kampung Tumbuk Pantai, Tanjung Sepat, di Sepang, Selangor siang tadi.