awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SIRIM lancar program Kesediaan ESG perkukuh kelestarian industri Malaysia
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
Kerajaan mungkin pertimbang semula sokongan terhadap sektor REIT - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

747 individu ingkar SOP PKP ditahan

Astro Awani
Astro Awani
05/02/2021
11:30 MYT
747 individu ingkar SOP PKP ditahan
Seramai 747 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Seramai 747 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 723 dikompaun manakala 24 individu lagi direman.
"Antara kesalahan direkodkan adalah tidak memakai pelitup muka (159), rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (113), tiada penjarakan fizikal (140), gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (156), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (50), keluar rumah tanpa alasan munasabah (41) dan lain-lain (88)," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
BACA: SOP Tahun Baharu Cina adalah SOP ketat dilaksanakan setiap perayaan- Ismail Sabri
BACA: PKPD di SMK Sultan Idris Shah II di Perak, dan Kampung Sebako 1, 2 di Sarawak
Dalam pada itu, Operasi Benteng (Op Benteng) semalam menangkap tiga orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas sebuah bot/kapal serta lima buah kenderaan darat.
Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan 142 bot/kapal di perairan negara serta dua kenderaan darat melalui tujuh aktiviti penglihatan.
Sementara itu, semalam juga, 8,024 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan dan daripada jumlah itu, 230 orang disahkan positif COVID-19.
Secara kumulatifnya, sejak 1 Disember 2020, seramai 296,903 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 yang melibatkan 12,681 majikan.
Daripada jumlah itu, seramai 5,729 orang telah disahkan positif COVID19 manakala 291,174 lagi adalah negatif.
Sehingga kini juga, sebanyak 1,264 buah klinik telah terlibat dengan program saringan ini.
Bermula 1 Februari 2021, kerajaan mewajibkan semua majikan di seluruh negara memastikan pekerja mereka menjalani ujian saringan COVID-19 dan kos ujian saringan ditanggung oleh majikan masing-masing.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#SOP
#kerajaan
#COVID-19
#PKP
#perintah kawalan pergerakan
#ujian saringan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan