awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOF teliti kesesuaian pengeluaran caruman KWSP untuk MHIT - Amir Hamzah
China hukum mati 11 anggota sindiket penipuan Myanmar
Virus Nipah: KKM laksana saringan bersasar ke atas pengembara dari negara berisiko tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SOP Tahun Baharu Cina adalah SOP ketat dilaksanakan setiap perayaan- Ismail Sabri

Astro Awani
Astro Awani
05/02/2021
09:48 MYT
SOP Tahun Baharu Cina adalah SOP ketat dilaksanakan setiap perayaan- Ismail Sabri
Pengumuman Prosedur Operasi Standard sempena sambutan Tahun Baru Cina semalam adalah SOP ketat yang telah dilaksanakan setiap perayaan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Pengumuman prosedur operasi standard (SOP) sempena sambutan Tahun Baharu Cina semalam adalah SOP ketat yang telah dilaksanakan setiap perayaan.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, setiap SOP perayaan bukan Islam yang diumumkan kepada orang ramai adalah hasil pembentangan yang dibuat oleh Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dan mendapat persetujuan daripada Sidang Khas MKN.
"Sebelum membentangkan kepada Sidang Khas MKN, KPN terlebih dahulu wajib mengadakan perbincangan dan mendapat persetujuan bersama wakil setiap pertubuhan keagamaan dan persatuan kebudayaan kaum-kaum terbabit.
"Kemudian, KPN akan mengangkat hasil perbincangan tersebut untuk dibincangkan semula bersama MKN dan KKM khususnya bagi menilai dari segi risiko kesihatan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
BACA: Tarian singa, perarakan tanglung sempena Tahun Baharu Cina tidak dibenarkan
BACA: MKN perlu kaji semula SOP sambutan Tahun Baharu Cina - Lee Lam Thye
Setelah keputusan antara KPN, KKM dan MKN dibuat, barulah KPN akan mencadangkan kepada Sidang Khas MKN untuk diluluskan dan selepas diluluskan barulah SOP tersebut diumumkan kepada rakyat.
"Sebagai contoh, sebelum SOP Deepavali, Thaipusam, Krismas, Hari Gawai serta Pesta Kaamatan diumumkan, KPN telahpun berbincang dan mendapat persetujuan bersama pemimpin agama yang berkaitan bagi membangunkan SOP yang akan dikeluarkan," ujarnya lagi.
Berikut merupakan SOP sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini
Pada kebiasaannya, bagi menghormati keputusan tersebut, kerajaan jarang mengubah SOP yang telah diputuskan KPN bersama pemimpin agama dan pertubuhan berkaitan.
"Seperti dalam isu Tahun Baharu Cina, KPN memaklumkan telah mengadakan dua kali sesi libat urus melibatkan 21 Badan Pertubuhan Agama, Persatuan Kebudayaan Cina, Buddha, Tao, Kristian, Persatuan Perniagaan Cina termasuk Sabah dan Sarawak serta pihak-pihak berkaitan bagi sama-sama menyediakan SOP.
"Sebab itulah, agak menghairankan apabila SOP yang dibentangkan untuk Tahun Baharu Cina kali ini dikritik hebat oleh masyarakat," tambahnya.
Walau bagaimanapun, jika terdapat sebarang perubahan yang ingin dilakukan oleh KPN selepas mendengar pandangan ramai, KPN boleh membentangkan semula kepada MKN untuk dipertimbangkan.
Topic Berkaitan
#SOP
#Tahun Baru Cina
#perayaan
#Malaysia
#ismail sabri yaakob
#Menteri Kanan Pertahanan
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan