awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bot persiaran karam, lima kru terselamat 17 jam terapung di laut
VM2026: Duta AS cadang pelancong Amerika kenali Malaysia lebih dekat
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

76 sekolah rendah di Sibu mula dibuka, esok

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
14/03/2021
04:34 MYT
76 sekolah rendah di Sibu mula dibuka, esok
Menerusi kenyataan dikeluarkan PPD Sibu di Facebook, lapan buah sekolah ini terletak dalam kawasan yang berisiko tinggi.
SIBU: Sejumlah 76 daripada 84 sekolah rendah di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sibu mula dibuka, esok.
Manakala bakinya, lapan sekolah lain ditangguhkan pembukaannya bermula 15 sehingga 19 Mac ini.
Menerusi kenyataan dikeluarkan PPD Sibu di Facebook, lapan buah sekolah ini terletak dalam kawasan yang berisiko tinggi.
“Setelah diteliti dan atas nasihat Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB), sekolah yang berada dalam kawasan yang berisiko tinggi akan ditangguhkan pembukaannya.
“Lapan buah sekolah terlibat adalah SK St.Rita, SJK (c) Sacred Heart Chinese, SJK Ulu Daik, SJK (c) Chung Sing, SK Sentosa, SK Sg Durin, SK Ulu Durin Kiba dan SK Sg Naman,” kata kenyataan itu.
Terdahulu, Pegawai Pendidikan Daerah Sibu, Ahli Chikba, telah mengadakan mesyuarat Penilaian Pembukaan Semula Sekolah dibawah PPD Sibu bersama Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu Dr Teh Jo Hun pada Sabtu.
Setakat ini, daerah Sibu kekal dikategorikan sebagai zon merah COVID-19 dengan 845 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari.
Turut berada dalam zon merah adalah daerah Serian, Subis, Kuching dan Kapit.
Topic Berkaitan
#Sekolah buka Sibu
#pembukaan sekolah
#Sibu
#PPD Sibu
#Ahli Chikba
#Sibu buka sekolah
#COVID-19
#zon merah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan