awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Uganda mula bawa keluar rakyatnya dari Iran
DUNIA
5 maut akibat demam berdarah Crimean-Congo di Pakistan tahun ini
MALAYSIA
Whistleblower: Memahami prosedur perlindungan pemberi maklumat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

76.2 peratus populasi dewasa di Malaysia lengkap divaksinasi - JKJAV

Astro Awani
Astro Awani
16/09/2021
02:31 MYT
76.2 peratus populasi dewasa di Malaysia lengkap divaksinasi - JKJAV
Jumlah vaksinasi harian pada Rabu adalah 248,810 dos, melibatkan 68,534 dos pertama dan 180,278 dos kedua. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 76.2 peratus atau 17,833,355 individu daripada populasi dewasa di seluruh Malaysia sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19 setakat Rabu.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi perkongsian di Twitter memaklumkan, daripada jumlah itu, penerima dos pertama adalah sebanyak 92.5 peratus (21,719,553 orang).
Jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat Rabu adalah sebanyak 39,483,116 dos.
Peratusan terkini kadar vaksinasi populasi dewasa Malaysia setakat 15 September 2021.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/ZDd0QcypTH
— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) September 16, 2021
Dalam pada itu, jumlah vaksinasi harian pada Rabu adalah 248,810 dos.
Ia melibatkan 68,534 dos pertama dan 180,278 dos kedua.
Dalam tempoh 24 jam itu, Johor merekodkan angka penerima dos kedua tertinggi dengan 33,058 dos, diikuti Kedah (19,074 dos), Kuala Lumpur (17,452 dos) dan Selangor (17,148 dos).
Daily vaccination report by states on 15 September 2021.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/yM853F2C42
— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) September 16, 2021
Topic Berkaitan
#bekalan vaksin
#COVID-19
#dos kedua
#dos pertama
#infografik
#Malaysia
#PICK
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#vaksin
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami