awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

772 terima darjah kebesaran sempena ulang tahun Keputeraan Sultan Kelantan

Bernama
Bernama
29/09/2023
04:30 MYT
772 terima darjah kebesaran sempena ulang tahun Keputeraan Sultan Kelantan
Seramai 772 individu akan menerima darjah kebesaran negeri di Istana Balai Besar sempena ulang tahun keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V ke-54, esok. - Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Seramai 772 individu akan menerima pengurniaan kehormatan kebesaran negeri di Istana Balai Besar sempena ulang tahun keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V ke-54, esok.
Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Nazran Muhammad berkata enam individu juga bakal dilantik sebagai Jaksa Pendamai.
"Menjunjung titah perintah dan limpah kurnia Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, adalah saya dengan ini memaklumkan bahawa baginda telah mengampuni perkenan mengurniakan gelaran, darjah kebesaran, bintang, pingat dan surat kebajikan kepada 772 penerima," katanya pada sidang media di Bilik Mesyuarat Pejabat Sultan Kelantan, Istana Balai Besar di sini hari ini.
Turut hadir Pengelola Istana D'Raja Kelantan Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan dan Ketua Istiadat Kelantan Mej Jen (B) Datuk Mamat Ariffin Abdullah.
Beliau berkata seramai 98 individu akan menerima pengurniaan kehormatan kebesaran manakala sesi seterusnya akan dimaklumkan kemudian.
Nazran turut berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan istiadat pengurniaan kali ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ulang tahun keputeraan Sultan Kelantan
#Sultan Muhammad V
#darjah kebesaran
#Istana Balai Besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan