KUALA LUMPUR: Sebanyak 78 projek perumahan swasta membabitkan 17,605 unit rumah dan 11,735 orang pembeli disahkan terbengkalai di Semenanjung Malaysia, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Beliau berkata, pihaknya pada tahun ini menyasarkan tujuh projek terbengkalai dapat dipulihkan menerusi pendekatan rundingan, mudah cara dan penguatkuasaan.
"Sehingga kini, sebanyak empat projek telah berjaya dipulihkan dan tiga projek lagi dijangka selesai menjelang akhir 2021," katanya kepada media selepas Sesi Walkabout YB Menteri KPKT ke Projek Prumahan Swasta Terbengkalai, Taman Selayang Mutiara (Kristal), Selayang, dekat sini hari ini.
Turut hadir Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail.
Reezal Merican berkata di Selangor sahaja terdapat 32 projek terbengkalai yang melibatkan 10,855 unit kediaman.
"Di kawasan Selayang termasuk Taman Mutiara ini, terdapat tujuh projek terbengkalai yang terdiri daripada 3,002 unit kediaman," katanya.
Tambahnya, KPKT sedang meneliti semua projek perumahan yang sakit, lewat dan terbengkalai melalui penubuan sebuah 'War Room' yang dipengerusikan oleh beliau sendiri.
"'War Room' ini berperanan melihat usaha bersepadu bagi memulihkan semula projek-projek terbengkalai agar boleh didiami selaras dengan matlamat agenda Malaysia Berdaya Huni, iaitu gagasan oleh kementerian.
"KPKT juga sedang mengkaji menambah baik kriteria pemulihan projek dengan dana kerajaan dalam menangani masalah projek-projek perumahan swasta terbengkalai yang telah diduduki pembeli tetapi pemaju masih belum memperoleh sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) atau Sijil Layak Menduduki (CFO) kerana kemudahan infrastruktur masih belum disiapkan," katanya.
Mengenai projek terbengkalai di Taman Selayang Mutiara (Kristal), Reezal Merican berkata pihaknya telah selesai melaksanakan proses perolehan bagi memulihkan blok Kristal yang mengandungi 500 unit termasuk masing-masing satu unit taska dan surau.
"Kontraktor Sunissa Sdn Bhd telah dilantik sebagai kontraktor penyelamat pada 11 Jun 2021 dengan tempoh kontrak selama dua tahun.
"Seramai 489 pembeli daripada 498 unit (sembilan belum terjual) akan mendapat manfaat setelah kediaman mereka disiapkan pada pertengahan tahun 2024," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 28 2021
Di Selangor sahaja terdapat 32 projek terbengkalai yang melibatkan 10,855 unit kediaman. - Gambar hiasan
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
Pindaan Akta Pemajuan Perumahan dijangka dibentang di Parlimen tahun depan - Nga
KPKT sedang giat melakukan libat urus dengan pemegang taruh bagi memastikan pindaan itu akan memberi keadilan kepada semua pihak termasuk pembeli hartanah.
KPKT berjaya pulih 10,560 perumahan swasta dengan GDV RM8.23 bilion
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjaya memulihkan 10,560 perumahan swasta daripada 88 projek dengan nilai pembangunan kasar (GDV) mencecah RM8.23 bilion setakat Februari lepas.
301 projek sakit libat 38,572 unit rumah selesai, pulih tahun ini
Sebanyak 301 projek perumahan swasta yang sakit atau terbengkalai melibatkan 38,572 unit kediaman berjaya diselesaikan dan dipulihkan pada tahun ini.
KPKT peruntuk RM3.4 juta bagi pemulihan 6 projek terbengkalai di Kelantan
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM3.4 juta bagi pemulihan enam projek terbengkalai di Kelantan, tahun ini.
31 projek perumahan swasta sakit dipulihkan pada Mei
Sebanyak 31 projek perumahan swasta sakit melibatkan 3,299 unit rumah dipulihkan dalam tempoh 1 hingga 31 Mei 2023, kata Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
166 projek rumah lewat siap, 437 sakit dan 115 terbengkalai dikenal pasti
Secara keseluruhannya tahun ini, KPKT mengunjurkan terdapat 354 projek lewat dan 538 projek sakit sekiranya tiada intervensi daripada kerajaan.
KPKT komited tangani projek perumahan sakit, terbengkalai
Ismail berkata, setakat ini, sebanyak 16 projek perumahan terbengkalai sedang dipulihkan.
Isu JKMPay, projek kerajaan terbengkalai antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Pertanyaan mengenai isu berkenaan akan dibangkitkan semasa Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.
15 projek 'sakit' di Sabah dan Sarawak - Fadillah
Datuk Seri Fadillah Yusof berkata antara projek tersebut adalah pembinaan Hospital Petra Jaya (HPJ) di Sarawak yang terbengkalai sebelum ini.
78 projek perumahan swasta terbengkalai di Semenanjung Malaysia - Reezal
KPKT sasarkan tujuh projek terbengkalai dapat dipulihkan menerusi pendekatan rundingan, mudah cara dan penguatkuasaan.