awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

780 VOC dikesan di Sarawak adalah varian Delta

Afiezul Samit
Afiezul Samit
30/10/2021
09:28 MYT
780 VOC dikesan di Sarawak adalah varian Delta
Setakat ini, daripada 3,000 kes positif COVID-19, 1,782 jumlah keseluruhan kes Varian Delta dikesan di Sarawak.
KUCHING: Sebanyak 780 Varian membimbangkan (VOC) dikesan hasil penjujukan genom daripada 782 kes positif COVID-19 oleh Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Menurut Pengarah IHCM UNIMAS, Prof Dr David Perera, kesemua data VOC yang telah dikesan setakat 8 Oktober itu adalah daripada varian Delta (B.1.617.2).
"Analisis lanjut berkaitan Varian Delta menunjukkan bahawa garis kumpulan Delta yang dominan di Sarawak ialah sub-kumpulan AY.23.
"Sub-kumpulan Delta lain yang dikesan secara sporadik termasuk AY.24 iaitu masing-masing satu kes di Kuching, Miri dan Sibu; AY.33 (satu kes di Bintulu); AY.34 (satu kes di Samarahan dan dua kes di Bintulu) serta AY.37 dua kes di Kuching.
"AY.23 juga merupakan garis kumpulan Delta dominan yang sedang aktif di Singapura sehingga menyebabkan peningkatan kes," Katanya dalam satu laporan terkini kepada Pengerusi JPBN Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Tambahnya, setakat ini, daripada 3,000 kes positif COVID-19, 1,782 jumlah keseluruhan kes Varian Delta dikesan di Sarawak.
"Di bahagian Kuching mencatatkan kes tertinggi iaitu 712 kes, diikuti Bintulu dengan 373 kes. Bahagian Samarahan (182), Sibu (167), Serian (127) dan Miri (88).
"Manakala di bahagian Kapit merekodkan 37 kes, Mukah dengan 22 kes. Bahagian Sarikei dan Sri Aman masing-masing 20 kes dan Betong dengan 19 kes," jelasnya.
Bahagian Limbang hanya merekodkan satu kes dan terdapat lima kes di bawah kategori Import A dan sembilan di bawah Kategori B.
Topic Berkaitan
#varian delta di Sarawak
#varian membimbangkan
#Sarawak catat Delta tertinggi
#Prof Dr David Perera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan