awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM, polis Australia gagalkan cubaan seludup heroin, MDMA bernilai RM80.3 juta
SPRM tahan enam pemilik syarikat, beku akaun RM7.2 juta kes e-sisa - Azam
Nahas pesawat Sulawesi: Enam lagi mayat ditemukan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

78,883 lepasan STPM, setaraf ditawarkan ke universiti awam menerusi UPUOnline

Bernama
Bernama
05/09/2025
07:15 MYT
78,883 lepasan STPM, setaraf ditawarkan ke universiti awam menerusi UPUOnline
KPT mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon berjaya dan semoga peluang menyambung pengajian di peringkat pendidikan tinggi digunakan sebaiknya.
PUTRAJAYA: Sebanyak 78,883 calon lepasan Matrikulasi, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Asasi, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta Diploma atau setaraf ditawarkan tempat melanjutkan pelajaran ke universiti awam menerusi sistem UPUOnline tahun ini.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan jumlah calon yang berjaya mendapat tempat ialah 71.80 peratus daripada jumlah keseluruhan 109,866 permohonan diterima sistem itu.
KPT memaklumkan 1,132 program pengajian Ijazah Sarjana Muda ditawarkan dengan pemilihan pelajar dibuat berasaskan prinsip meritokrasi iaitu menyusun calon yang layak mengikut markah merit tertinggi hingga terendah.
Calon tidak berjaya mendapatkan tawaran tempat pengajian boleh membuat rayuan melalui UPUOnline dalam tempoh 10 hari bermula 12 tengah hari ini hingga 5 petang 14 Sept.
"KPT mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon berjaya dan semoga peluang menyambung pengajian di peringkat pendidikan tinggi digunakan sebaiknya," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan Tinggi
#STPM
#UPUOnline
#universiti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan