KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin COVID-19 bernilai RM505 juta telah luput sejak 1 Jun tahun ini.
PAC menerusi laporan Mesyuarat Ketiga Parlimen ke-15 (2023) pada Isnin memaklumkan, kerugian itu berpunca akibat kekurangan sambutan terhadap vaksin dos penggalak COVID-19.
“Sambutan vaksinasi COVID-19 yang rendah khususnya dos penggalak... disebabkan pengambilan dos penggalak adalah secara sukarela dan (segelintir orang) takut kepada kesan sampingan vaksin ekoran penyebaran maklumat tidak benar.
“Selain itu, ia juga berikutan penerimaan bekalan vaksin di mana vaksin yang ditempah tidak diterima mengikut jadual susulan permintaan global yang sangat tinggi,” kata laporan tersebut pada Isnin.
Dalam pada itu, menurut laporan berkenaan, jumlah simpanan stok bagi 'boot cover' pada 9 Jun tahun ini ialah sebanyak 2.23 juta dan baki stok dijangka dapat bertahan sehingga akhir tahun 2025 berdasarkan kadar penggunaan semasa.
Bagaimanapun, ujarnya, terdapat risiko lebihan 850,000 unit stok 'boot cover' yang akan luput pada penghujung tahun 2024 bernilai RM 927,000 jika tidak dapat digunakan.
“Jumlah simpanan stok bagi protective suit atau coverall pada 9 Jun 2023 ialah 0.64 juta dan baki stok dijangka dapat bertahan sehingga pertengahan tahun 2026 berdasarkan kadar penggunaan semasa.
“Kesemua stok itu dijangka dapat digunakan sebelum luput tarikh,” menurut kenyataan itu.
Tambah kenyataan itu lagi, PAC turut mendapati ketiadaan perjanjian bertulis di antara Kementerian Kesihatan (KKM) dan pembekal Pharmaniaga Logistic Sdn Bhd (PLSB) menyebabkan tiada pihak yang boleh dipertanggungjawabkan untuk diambil tindakan berhubung kegagalan 104 unit ventilator berfungsi.
“Sehingga kini, ketidaktentuan peranan PLSB dalam isu ini mengakibatkan proses mengambil tindakan undang-undang tidak dilaksanakan,” jelasnya.
Dalam pada itu, Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dalam sidang media pada Isnin berkata, pihaknya telah mengadakan empat prosiding berhubung isu-isu berkenaan pada 15 Jun, 22 Ogos, 14 September dan 21 September lalu.
Antara saksi yang dipanggil hadir di hadapan PAC ialah bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Kang Siong; Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), Datuk Seri Norazman Ayob, bekas Ketua Setiausaha, Datuk Seri Chen Chaw Min; bekas Ketua Setiausaha, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah dan bekas Ketua Pengarah KKM, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Saksi prosiding dari Pharmaniaga pula terdiri daripada bekas Pengarah Urusan, Datuk Farshila Emran; Pengerusi, Izaddeen Daud dan Ketua Pegawai Operasi, Mohamed Iqbal Abdul Rahman.
“Orang ramai yang berminat untuk membaca dan meneliti Laporan PAC Parlimen berhubung Pengurusan Wabak COVID-19: Vaksin Luput Tempoh Hayat, Peralatan Ventilator Tidak Dapat Digunakan dan Lebihan PPE di bawah KKM boleh memuat turun laporan berkenaan di alamat www.parlimen.gov.my/pac,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Oct 30 2023

Mas Ermieyati berkata, pihaknya telah mengadakan empat prosiding berhubung isu-isu berkenaan pada 15 Jun, 22 Ogos, 14 September dan 21 September lalu. - Gambar/ Sinar Harian

Google didapati bersalah amal monopoli perniagaan iklan
Ini adalah kali kedua Google didapati bersalah melakukan monopoli di Amerika Syarikat, selepas kes monopoli perniagaan carian pada Ogos tahun lalu.

AS hadkan anggota tentera di Syria kepada kurang 1,000 - Pentagon
Penyusunan semula itu mencerminkan langkah ketara yang telah dicapai AS dalam melemahkan keupayaan operasi kumpulan pengganas Daesh/ISIS.

KazanForum 2025: Malaysia sedia main peranan strategik seiring perkembangan koridor utara-selatan
Malaysia dan negara-neara Selatan Global dapat manfaat daripada transformasi perdagangan yang dibawa ITC Utara-Selatan merentasi Eurasia.

Messi buka mulut soal Piala Dunia 2026 - 'Tunggu dan lihat'
Walaupun belum muktamad, kapten Argentina berusia 37 tahun itu tidak menolak kemungkinan untuk kembali beraksi di pentas dunia.

Majlis Media Malaysia disaran wujud pasukan khas pantau kesilapan - Pakar
Inisiatif itu akan memperkukuh profesionalisme dan ketekalan landskap media negara.

Saintis kesan kewujudan hidupan di planet selain bumi
JWST mengesan molekul dimetil sulfida (DMS) dan dimetil disulfida (DMDS) di atmosfera K2-18b, yang dihasilkan oleh bakteria dan plankton di bumi.

148 maut dalam kemalangan bot di sungai DR Congo
Angka kematian akibat insiden bot terbakar di Republik Demokratik Congo awal minggu ini meningkat kepada 148 orang.

Gambar tular Ustaz Zen: Momen tenang, khusyuk berdoa di sisi jenazah Tun Abdullah
Ustaz Zen berdiri tenang dan berdoa berhampiran keranda yang dilitupi Jalur Gemilang.

Isu Palestin satukan rakyat Malaysia, Parlimen tekad terus jadi suara lantang - Johari Abdul
Parlimen Malaysia akan terus menjadi suara lantang di peringkat antarabangsa dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang dizalimi.

Jumlah mangsa banjir di Johor, Sabah kekal pagi ini
Di Johor, setakat 8 pagi ini, seramai 37 mangsa daripada 11 keluarga masih berada di PPS Balai Raya Kampung Batu Badak, Segamat.

Papar kos purata prosedur, rawatan biasa antara syor persatuan insurans kepada PAC
Tiga persatuan utama insurans negara telah mengemukakan cadangan kepada Jawatankuasa KIra-Kira Wang Negara (PAC) bagi meningkatkan kemampuan, dalam sektor penjagaan kesihatan dan insurans Malaysia.

Terdapat kejanggalan dalam perolehan FWCMS - PAC
PAC mendapati terdapat kejanggalan apabila Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan Surat Setuju Terima sebelum memuktamadkan terma dan kaedah perolehan FWCMS.

MARA Inc disaran tambah baik SOP penyewaan hartanah - PAC
MARA Incorporated Sdn Bhd (MARA Inc) disarankan melihat semula dan menambah baik penyediaan prosedur operasi standard (SOP) penyewaan hartanah bagi memastikan ia mengikut keperluan dan peredaran masa.

PAC cadang LTAT tambah baik polisi dividen, panduan rizab, rangka kerja SAA
PAC mencadangkan kepada LTAT untuk menambah baik polisi dividen serta panduan rizab dan Rangka Kerja Perumpukan Aset Strategik (SAA).

PAC syor LHDN lapor status e-invois, permudah pembayar cukai
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mencadangkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melaporkan status pelaksanaan e-Invois agar kaedah ini dipermudahkan kepada pembayar cukai dan pada masa yang sa

Prosiding tertutup isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta bermula 24 Feb - PAC
Laporan akan dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat pada Jun ini.

MAIM sedia kerjasama dengan PAC Melaka isu dakwaan kakitangan terlibat penyelewengan
MAIM sedia memberi kerjasama kepada kepada PAC Melaka bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kakitangan agensi berkenaan terlibat penyelewengan.

Peningkatan bayaran premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam
PAC akan mengadakan Sesi Pendengaran Awam bagi prosiding Peningkatan Bayaran Premium Insurans Kesihatan dan Takaful, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan.

PAC jadual lima prosiding baharu sempena sidang Parlimen - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menjadualkan prosiding lima isu baharu sempena sidang Parlimen yang akan bermula minggu depan, kata Pengerusinya, Mas Ermieyati.

PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.