awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

8 kedai musnah dalam kebakaran menjelang Aidiladha

Astro Awani
Astro Awani
09/07/2022
21:40 MYT
8 kedai musnah dalam kebakaran menjelang Aidiladha
Deretan lapan pintu kedai termasuk premis pakaian dan basikal musnah dijilat api dalam kebakaran di Jalan Hiliran, di sini, pada Sabtu. -JBPM
KUALA TERENGGANU: Deretan lapan pintu kedai termasuk premis pakaian dan basikal musnah dijilat api dalam kebakaran di Jalan Hiliran, di sini, pada Sabtu.
Kebakaran kira-kira jam 10.30 malam itu menyebabkan deretan kedai berkenaan mengalami kemusnahan sekitar 30 hingga 100 peratus.
Menurut peniaga kedai basikal, Nik Mohd Zamri Abu Bakar, dia menerima panggilan daripada rakan yang memaklumkan kejadian ketika dalam perjalanan pulang ke Kampung Sungai Tong, Setiu.
Katanya, dia bergegas menuju ke kedainya dan terkejut melihat basikal untuk jualan serta beberapa stok yang baru tiba musnah dalam kebakaran itu.
"Barang baru sampai dalam minggu ini dalam tiga lori, jadi kita dah siap loading barang. Hari ini pun ada lagi barang sampai, jadi stok barang dah siap susun.
"Semua barang masih dalam kotak jadi memang mudah terbakar.
"Kita tak pasti kebakaran bermula dari mana sebab sebelum tutup kedai, kita sudah periksa semua," katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Md Hilman Abd Rashid berkata sejurus menerima maklumat, seramai 30 anggota bersama empat jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.
Katanya, bomba mengambil masa kira-kira 30 minit bagi mengawal kebakaran daripada terus merebak.
Insiden bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa.
Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#deretan lapan kedai terbakar
#Jalan Hiliran
#malam Aidiladha
#Nik Mohd Zamri Abu Bakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan