awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

8 unit rumah kedai musnah dalam kebakaran di Sarikei

Bernama
Bernama
29/04/2022
03:57 MYT
8 unit rumah kedai musnah dalam kebakaran di Sarikei
Api marak dengan pantas berikutan dinding pemisah ruang dan lantai bangunan itu diperbuat daripada kayu, selain terdapat pelbagai bahan mudah terbakar disimpan di bengkel kereta berkenaan.- Gambar hiasan
SARIKEI: Lapan unit kedai dua tingkat yang menempatkan bengkel kereta, bengkel kimpalan, unit kediaman serta ruang ternakan burung walit, musnah dalam kebakaran di Jalan Industri di sini semalam,
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei Mahmudin Narudin berkata tindakan pantas pihak bomba membolehkan empat unit rumah kedai yang terletak bersebelahan berjaya diselamatkan dalam insiden pada kira-kira pukul 7 malam itu.
Beliau berkata api marak dengan pantas berikutan dinding pemisah ruang dan lantai bangunan itu diperbuat daripada kayu, selain terdapat pelbagai bahan mudah terbakar disimpan di bengkel kereta berkenaan.
"Satu pasukan dari BBP Sarikei dan satu dari BBP Bintangor telah digerakkan ke lokasi sebaik sahaja pihak kami menerima panggilan pada pukul 7.31 malam. Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 11.33 malam dan operasi ditamatkan sepenuhnya pukul 2.48 pagi," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya sebuah lori skylift milik seorang pengusaha bengkel berdekatan turut sama membantu dalam usaha pemadaman api bagi menghalang kebakaran itu merebak.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran
#Sarikei
#bomba
#rumah kedai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan