awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

800 hingga 1,000 kematian dalam seminggu, 80 peratus kes BID tidak tahu dijangkiti COVID-19 - Dr Chong

Fareez Azman
Fareez Azman
06/08/2021
05:55 MYT
800 hingga 1,000 kematian dalam seminggu, 80 peratus kes BID tidak tahu dijangkiti COVID-19 - Dr Chong
Dr Chong berkata bagi memastikan setiap pesakit mendapat rawatan dan perkhidmatan kesihatan, Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) secara maya juga diwujudkan selain 27 CAC dibuka di Selangor. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Dianggarkan 80 peratus kes kematian sebelum tiba di hospital atau Brought In Death (BID) akibat COVID-19 tidak pernah mengetahui mereka dijangkiti virus itu.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) merangkap Komander Greater Klang Valley Special Task Force, Datuk Dr Chong Chee Kheong, angka itu adalah berdasarkan jumlah 800 hingga 1,000 kematian yang dicatatkan dalam tempoh seminggu akibat COVID-19.
Daripada jumlah mingguan itu pula sebanyak 10 peratus melibatkan kes BID iaitu sekitar 80 sehingga 100 kematian berkaitannya.
"80 peratus (kes BID) ini tidak pernah menjalani diagnos atau saringan COVID-19. Ada juga kumpulan yang mempunyai akses untuk saringan tetapi mereka enggan hadir.
"Kadar kematian yang tinggi dicatatkan melibatkan bukan warganegara Malaysia. 20 peratus daripada mereka yang dijangkiti lewat mendapatkan rawatan, kebanyakan mereka di rumah," jelasnya dalam Sidang Media Khas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Jumaat.
[TERKINI] Sidang media khas Kementerian Kesihatan Malaysia
Tambah Dr Chong, bagi memastikan setiap pesakit mendapat rawatan dan perkhidmatan kesihatan, Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) secara maya juga diwujudkan selain 27 CAC dibuka di Selangor.
Ia bagi memastikan setiap pesakit mendapatkan pemantauan kesihatan setiap hari.
"Menerusi CAC secara maya, setiap pesakit yang disahkan positif COVID-19 akan dipantau tahap kesihatan mereka. Kepada yang tidak mempunyai simptom juga tidak perlu ke CAC.
"60 peratus daripada pesakit adalah asymptomatic (tidak bergejala) dan 30 peratus pula mempunyai simptom teruk. Bagi yang menjalani kuarantin di rumah, kami akan pantau kesihatan mereka secara maya. Kita akan kesan sama ada terdapat perubahan tahap kesihatan dan sebagainya, kita juga akan telefon mereka untuk tindakan lanjut," katanya lagi.
Bagaimanapun tegas Dr Chong, orang ramai yang menjalani kuarantin kendiri di rumah dinasihatkan agar sentiasa mengemas kini Home Assessment Tool (HAT) di aplikasi MySejahtera bagi memudahkan pemantauan dibuat petugas kesihatan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#MySejahtera
#Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan
#Dr Chong Chee Kheong
#petugas kesihatan
#Putrajaya
#Brought In Death
#bid
#Lembah Klang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan