KUALA LUMPUR: Sebanyak 81 peratus daripada pekerja pejabat di Malaysia menyatakan bahawa mereka lebih memilih untuk kembali ke pejabat, menurut kaji selidik terkini yang diterbitkan oleh Savills, antara penasihat hartanah terkemuka dunia.
Kaji selidik itu bertajuk "What Workers Want"- Malaysia" mendapati bahawa walaupun model kerja hibrid dilihat menjadi teras utama di Malaysia pada masa depan, lebih 90 peratus daripada responden percaya bahawa perkara seperti kreativiti dan kerjasama, mencapai sasaran kerja dan pertumbuhan kerjaya, langkah terbaik dicapai dalam persekitaran pejabat.
Timbalan Pengarah Urusan Savills Malaysia, Nabeel Hussain berkata, dengan Malaysia keluar daripada pandemik selama dua tahun, perniagaan turut mula dibuka.
Oleh itu, katanya, pejabat fizikal kekal penting dalam pemulihan perniagaan dan memastikan dapat kembali kepada keadaan normal dengan cepat.
"Mendapati bahawa model kerja hibrid dilihat akan kekal di sini, keseimbangan antara keperluan perniagaan dan ekonomi serta keutamaan pekerja merupakan penyelesaian yang ideal dan itu yang perlu diberi tumpuan oleh syarikat dalam tempoh pembukaan semula ini.
"Persekitaran pejabat fizikal mungkin perlu dipertingkatkan oleh faktor lain untuk menjadikan kembali ke tempat kerja dalam persekitaran semasa lebih menarik.
"Wujudnya penyelesaian perkakasan dan perisian yang kukuh adalah lebih penting berbanding sebelum ini dan merupakan faktor utama untuk menyokong persekitaran kerja yang semakin berkembang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Pengarah Bersekutu Savills Malaysia Research, Fong Kean Hwa berkata, kebanyakan pekerja ingin kembali ke pejabat berikutan mereka percaya pergi ke pejabat memberi manfaat kepada kesihatan fizikal dan mental mereka, sekali gus menyokong pembangunan profesional dan peribadi mereka.
Savills telah menjalankan kaji selidik "What Workers Want" selama lebih 10 tahun di United Kingdom (UK) dan negara-negara Eropah yang lain untuk mengukur pandangan pekerja di pejabat.
Pendekatan sama telah digunakan dalam konteks Malaysia untuk kaji selidik "What Workers Want", yang dijalankan dalam tempoh enam minggu untuk memahami apa yang pekerja Malaysia mahukan apabila mereka kembali ke pejabat.
Dapatan kaji selidik mengenai parameter utama produktiviti menunjukkan bahawa pekerja di Malaysia berpendapat, produktiviti mereka adalah sama sama ada bekerja dari rumah atau di pejabat, berbanding di EMEA apabila pekerja berpendapat mereka lebih produktif di rumah.
"Walaupun produktiviti kekal tinggi, 30 peratus daripada responden menyatakan bahawa keletihan dari segi mental dan fizikal akibat aturan bekerja dari rumah manakala lebih satu pertiga menyatakan mereka menghadapi peningkatan waktu kerja akibat kekaburan mengenai kerja dan sempadan rumah.
"Ramai rakyat Malaysia masih melihat pejabat fizikal memainkan peranan penting, terutamanya untuk pertumbuhan profesional dan kerja secara usaha sama," katanya.
Bagi laporan kaji selidik penuh, layari what-workers-want-survey.pdf (savills.asia). - BERNAMA
Bernama
Sun Nov 28 2021
Lebih 90 peratus daripada responden percaya bahawa perkara seperti kreativiti dan kerjasama, mencapai sasaran kerja dan pertumbuhan kerjaya, langkah terbaik dicapai dalam persekitaran pejabat. - Gambar hiasan
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
Gaji pekerja Malaysia 2023 dijangka naik lima peratus - Mercer
Pekerja di Malaysia boleh mengharapkan kenaikan median lima peratus dalam gaji mereka tahun depan, meningkat daripada 4.8 peratus tahun ini.
81 peratus daripada pekerja di Malaysia ingin kembali ke pejabat - Savills
Pejabat fizikal kekal penting dalam pemulihan perniagaan dan memastikan dapat kembali kepada keadaan normal dengan cepat.