awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakar cadang wujudkan Akta TVET bagi tingkat pelaksanaan NIMP 2030
Polis tahan tiga lelaki miliki pelbagai spesies kura-kura
Belia terperangkap dalam ‘survival mode’, kurang impak kepada ekonomi digital – Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

83 mangsa banjir di Sungai Siput masih di PPS

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
28/09/2021
22:15 MYT
83 mangsa banjir di Sungai Siput masih di PPS
Seramai 83 mangsa banjir di beberapa buah kampung di sini masih ditempatkan di dua PPS sehingga tengah malam Selasa. -Gambar fail
IPOH: Seramai 83 mangsa banjir di beberapa buah kampung di sini masih ditempatkan di dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga tengah malam Selasa.
Menurut jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak, dua PPS itu ialah di Dewan Orang Tamai RPT Tok Sirat dan Sekolah Kebangsaan (SK) Lasah.
PPS di Dewan Orang Ramai RPT Tok Sirat menempatkan 59 mangsa dari tiga buah kampung iaitu RPT Tok Sirat, Kampung Lasah dan Kampung Lintang.
Menurut jurucakap itu lagi, PPS SK Lasah pula masih menempatkan 24 mangsa daripada sembilan buah keluarga.
Terdahulu, banjir melanda beberapa buah kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lintang, awal pagi Isnin ekoran hujan lebat berterusan sejak petang Ahad.
Ekoran daripada itu, 103 orang daripada 24 keluarga dipindahkan ke tiga PPS, termasuk di Dewan Lintang yang telah ditutup apabila banjir mula surut.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lintang, Datuk Mohd Zolkafly Harun yang melawat lokasi banjir pada Isnin berkata, hujan lebat yang turun sejak petang Ahad hingga 4 pagi Isnin menyebabkan air Sungai Pelus melimpah menyebabkan berlaku kenaikan paras air 1 hingga 1.5 meter.
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#PPS
#Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak
#Kampung Lasah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan