Jabatan Imigresen telah mengeluarkan 85,467 E-Kad dan mendaftar seramai 93,473 pendatang asing tanpa izin (PATI) sejak program yang membolehkan majikan membuat permohonan penggajian semula PATI dibuka pada 15 Feb lepas.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata ia membabitkan 14,541 majikan yang mendaftar permohonan E-Kad, dokumen yang berfungsi sebagai pengesahan sementara bagi menggantikan dokumen perjalanan sah.
"Namun kita dapati masih ramai majikan yang tidak mendaftarkan pekerja mereka yang berstatus PATI dan menunggu sehingga saat akhir untuk melakukannya.
"Ingin ditegaskan sepanjang tempoh pendaftaran E-Kad sehingga tarikh akhir 30 Jun depan, Jabatan Imigresen tetap melakukan operasi penguatkuasaan dan majikan yang berdegil bakal dikenakan tindakan yang tegas," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata jabatan itu telah mengadakan 5,944 operasi penguatkuasaan di seluruh negara dari awal Januari hingga 18 Mei lepas, yang menyaksikan seramai 63,421 warga asing diperiksa dengan 18,176 PATI dari pelbagai negara ditahan atas pelbagai kesalahan Imigresen.
Mustafar berkata dalam tempoh itu juga, seramai 499 majikan ditahan kerana kesalahan menggaji, melindungi, bersubahat serta membenarkan PATI tinggal di premis, manakala sejumlah 20,070 PATI pula telah diusir.
Daripada jumlah yang ditahan, 430 daripadanya adalah majikan warga tempatan dan selebihnya majikan dari Indonesia (19), Thailand (12), Bangladesh (11), Pakistan (10) , India (tujuh) dan selebihnya lain-lain warganegara, katanya.
Beliau berkata majikan berkenaan boleh didakwa mengikut Akta Imigresen 1959/63 selain berdepan tindakan mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (Pindaan 2010) (ATIPSOM).
E-Kad menyasarkan untuk mendaftar kira-kira 600,000 PATI yang dipercayai berada di negara ketika ini dan permohonannya hanya boleh dibuat di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen, Putrajaya serta cawangannya secara percuma.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 20 2017
Jabatan Imigresen itu telah mengadakan 5,944 operasi penguatkuasaan di seluruh negara dari awal Januari hingga 18 Mei lepas, yang menyaksikan seramai 63,421 warga asing diperiksa. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
KDN cadang guna kod QR di pintu masuk negara percepat proses imigresen
KDN dalam pertimbangan untuk menggunakan kod QR yang mengandungi maklumat peribadi dan butiran perjalanan pengembara bagi mempercepat proses pemeriksaan kaunter imigresen.
18 pegawai Imigresen KLIA dibuang kerja
Seramai 18 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang terlibat dalam isu integriti dikenakan tindakan buang kerja sejak 2021.
145 pendatang tanpa izin ditahan dalam operasi Imigresen di Ranau
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah hari ini menahan sejumlah 145 pendatang tanpa izin dalam operasi di Kampung Lutut di sini.
11 warga Korea Selatan ditahan di pusat hiburan tanpa lesen
Premis ini dipercayai menawarkan perkhidmatan pelayan wanita dengan bayaran antara RM300 hingga RM500 untuk tempoh tiga jam.
Imigresen tunggu laporan penuh siasatan EAIC untuk tindakan lanjut
JIM menunggu laporan penuh EAIC berhubung siasatan terhadap tahanan etnik Rohingya yang meloloskan diri daripada DISB.
Counter setting: 47 sindiket tumpas, 25,214 pengembara dikenakan NTL - Saifuddin Nasution
JIM juga memperketatkan pemeriksaan di kaunter pintu masuk ke negara dalam usaha membanteras kegiatan menyeludup warga asing ke Malaysia.
Pemilik restoran nasi kandar warga Bangladesh mengaku beri suapan RM10,000
Tertuduh, Rezaul Shajahan Ali, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan pilihan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim.
Imigresen tumpas sindiket pengemis jalanan OKU, tahan empat lelaki China
Jabatan Imigresen (JIM) menumpaskan sindiket pengemis jalanan Orang Kurang Upaya (OKU) dengan penahanan empat warga China menerusi Op Serkap di sini pada Isnin dan semalam.
Lebih 23,000 rakyat Malaysia ke Thailand melalui pintu sempadan negara di Perlis
ICQS Padang Besar mencatatkan sejumlah 16,491 orang manakala 7,399 lagi keluar melalui ICQS Wang Kelian.
Imigresen lanjut waktu operasi pejabat pada musim cuti sekolah
Langkah diambil sebagai usaha mengatasi kesesakan pelanggan yang datang memohon atau membaharui pasport sempena musim cuti sekolah.