KUALA LUMPUR: Sejumlah 86.2 peratus atau 606 daripada 703 pemeriksaan di premis borong dan runcit mematuhi perintah harga maksimum kit ujian pantas antigen COVID-19 sehingga 9 September lepas.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan, 36 premis atau 5.12 peratus lagi menjual di bawah paras harga maksimum ditetapkan.
"Bagaimanapun, terdapat 28 premis atau 3.98 peratus yang masih gagal membuat persediaan mematuhi perintah harga maksimum yang diumumkan. Pemeriksaan turut mengenal pasti 33 premis atau 4.69 peratus sahaja yang tidak menjual kit ujian pantas antigen COVID-19.
"Situasi itu tidak menjejaskan prestasi keberadaan bekalan kit ujian pantas antigen COVID-19 kerana secara keseluruhannya bekalan di seluruh negara adalah stabil dan mencukupi. KPDNHEP juga menyambut baik hasrat para peniaga yang hendak meneruskan jualan kit ujian pantas antigen COVID-19 pada harga yang lebih rendah daripada harga maksimum telah ditetapkan.
"Konsep penguatkuasaan harga maksimum itu adalah sebagai penanda aras atau harga siling agar peniaga tidak menjual melebihi harga maksimum yang telah ditetapkan. Konsep itu seiring hasrat kerajaan untuk mengawal situasi kenaikan harga yang tidak terkawal terhadap barangan keperluan tertentu rakyat," jelas kenyataan itu pada Sabtu.
BACA: Kerajaan kaji turunkan lagi harga kit ujian kendiri RTK menjelang hujung tahun - Tengku Zafrul
BACA: Harga siling kit ujian COVID-19: Kerajaan beri tempoh seminggu - Rosol
KPDNHEP juga menyarankan pengguna membuat pembelian alat peranti kesihatan di pasaran
dengan membuat rujukan di laman sesawang rasmi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan / Malaysia Device Authority(MDA) untuk menyemak senarai syarikat dan jenama yang diselia oleh pihak MDA bagi mengedar dan menjual alat peranti kesihatan untuk kegunaan awam.
Kenyataan itu menjelaskan, KPDNHEP akan memberi perhatian serius kepada perlakuan peniaga supaya mematuhi sepenuhnya peruntukan di bawah Perintah Kawalan Harga (Penentuan Harga Maksimum) (NO.7) 2021 bagi kit ujian pantas antigen COVID-19.
"Pendekatan pemeriksaan yang lebih deterent akan dilaksanakan oleh Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP
dengan mengambil tindakan kes di bawah peruntukan Seksyen 11, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti adalah ;Individu; boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000 sementara syarikat; boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.
"KPDNHEP sebelum ini membenarkan tempoh selama tujuh hari bermula 5 September 2021 bagi tarikh mula kuat kuasa harga maksimum kit ujian pantas antigen COVID-19 untuk memberi kelonggaran kepada peniaga membuat penyelarasan harga jual.
"Pada masa yang sama, peniaga turut diberi peringatan bahawa selepas tamat tempoh kelonggaran, tindakan tegas akan dilaksanakan ke atas peniaga sekiranya gagal mematuhi peruntukan di bawah AKHAP 2011," jelas kenyataan itu.
KPDNHEP turut menggalakkan pengguna menjadi mata dan telinga kepada Kerajaan untuk menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang di bawah bidang kuasa KPDNHEP secara rasmi
melalui portal e-aduan.kpdnhep.gov.my, Call Centre 1-800-886-800, emel [email protected], Ez ADU KPDNHEP, Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) 03-8882 6088/6245 atau menghantar WhatsApp ke 019-279 4317.
Astro Awani
Sat Sep 11 2021
KPDNHEP sebelum ini membenarkan tempoh selama tujuh hari bermula 5 September 2021 bagi tarikh mula kuat kuasa harga maksimum kit ujian pantas antigen COVID-19. - Foto BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.