awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

86.43 peratus permohonan pinjaman SJKP diluluskan bagi belia

Bernama
Bernama
07/12/2023
06:38 MYT
86.43 peratus permohonan pinjaman SJKP diluluskan bagi belia
Akmal Nasrullah berkata di bawah inisiatif itu, SJKP menyediakan jaminan RM5 bilion nilai pinjaman dan ditambah baik menerusi pengumuman Ekonomi MADANI dengan tambahan jaminan pembiayaan sehingga RM5 bilion. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Sebanyak 26,645 daripada 30,841 permohonan pinjaman atau bersamaan 86.43 peratus diluluskan bagi golongan belia sepanjang pelaksanaan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) mulai 2008 sehingga 30 Sept lepas, Dewan Negara diberitahu.
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata di bawah inisiatif itu, SJKP menyediakan jaminan RM5 bilion nilai pinjaman dan ditambah baik menerusi pengumuman Ekonomi MADANI dengan tambahan jaminan pembiayaan sehingga RM5 bilion.
"Di bawah Belanjawan 2024, kerajaan juga bersetuju meningkatkan jaminan pembiayaan dengan nilai tambahan jaminan sebanyak RM10 bilion.
"Pembiayaan ini adalah untuk pembeli rumah pertama termasuk belia yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau penyata gaji seperti golongan ekonomi gig. Bagaimanapun pembiayaan tidak terhad untuk kediaman baharu sahaja, tetapi termasuk juga rumah sedia ada atau rumah lelongan," katanya semasa sesi jawab lisan di Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab soalan Senator Prof Tan Sri Dr Mohamed Haniffa Abdullah yang ingin tahu strategi dan langkah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk meningkatkan pemilikan rumah dalam kalangan belia serta meringankan beban kos sewaan supaya sesuai dengan keadaan taraf hidup masa kini.
Sementara itu Akmal Nasrullah berkata sehingga 31 Okt lepas, 162 Projek Perumahan Rakyat (PPR) di bawah seliaan KPKT telah siap dibina melibatkan 100,696 unit rumah.
"Berdasarkan rekod, sehingga 2022, daripada 8,382 unit rumah PPR Disewa dan Sewa-Untuk-Milik (RTO) yang telah diisi, kategori ketua isi rumah (KIR) yang paling tinggi adalah antara umur 31 dan 40 tahun iaitu 35.90 peratus atau 3,013 orang," katanya.
Beliau berkata untuk unit kediaman Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) pula, sehingga 30 Okt lepas, 25,708 unit dijual dengan 17,895 unit daripadanya dimiliki golongan belia.
"Sementara itu 41,675 unit iaitu 65 peratus daripada 64,115 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang telah dibina dimiliki oleh golongan belia," katanya.
*Untuk berita terkini, ikuti kami di WhatsApp Astro AWANI
Topic Berkaitan
#akmal nasrullah
#SJKP
#pinjaman belia
#pembelian rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan