awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
Pemasangan pengecas EV perlu strategik, kerajaan digesa atasi isu sambungan grid
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

886 notis kesalahan merokok dikeluarkan di Melaka, nilai lebih RM200,000

Bernama
Bernama
26/05/2023
02:00 MYT
886 notis kesalahan merokok dikeluarkan di Melaka, nilai lebih RM200,000
Rusdi (kiri) dan Ngwe (dua, kiri) melihat tanda larangan merokok yang rosak di sebuah premis perniagaan dalam Operasi Mega Bersepadu Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 JKNM di Melaka lewat malam tadi. --fotoBERNAMA
MELAKA: Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) mengeluarkan sebanyak 886 notis kesalahan melibatkan nilai kompaun sebanyak RM204,100 di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 dalam tempoh Januari hingga April lepas.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem berkata daripada jumlah itu, sebanyak 845 atau 95.4 peratus notis dikeluarkan atas kesalahan merokok di kawasan larangan termasuk di kalangan Orang Belum Dewasa (OBD) atau remaja di bawah usia 18 tahun.
"Dalam tempoh berkenaan, sebanyak 92 notis dikeluarkan kepada OBD di bawah Seksyen 13(1) PPKHT 2004 atas kesalahan OBD yang merokok, mengunyah, membeli atau memiliki apa-apa hasil tembakau.
"Sebanyak 500 notis kesalahan dikeluarkan kerana merokok di kawasan larangan merokok di bawah Seksyen 11(1) PPKHT 2004 termasuk 207 atau 24.5 peratus kompuan dikeluarkan di tempat makan," katanya kepada pemberita selepas Operasi Mega Bersepadu Penguatkuasaan PPKHT 2004 JKNM, di sini lewat malam tadi yang turut dihadiri Pengarah JKNM Datuk Dr Rusdi Abd Rahman.
Sebanyak 80 premis diperiksa dalam operasi berkenaan antaranya kedai makan, restoran, dan kedai vape melibatkan 45 anggota JKNM.
Ngwe berkata daripada jumlah itu juga, sebanyak 253 notis kesalahan dikeluarkan di bawah Seksyen 22 PPKHT 2004 kerana merokok di kawasan Zon Melaka Bebas Asap Rokok (MBAR) yang telah diwartakan di negeri itu.
Selain itu, katanya sebanyak lima notis kesalahan turut dikeluarkan kepada pemilik premis perniagaan di bawah Peraturan 12(1)(b) PPKHT 2004 kerana gagal memastikan tiada yang merokok di dalam premis mereka.
Tegasnya JKNM tidak akan berkompromi dengan kesalahan tersebut dan kompuan bernilai RM250 akan dikenakan kepada pemilik premis terlibat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#notis kesalahan
#kompaun
#larangan merokok
#Jabatan Kesihatan Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan