Sebanyak 9,771 pemilih berdaftar layak mengundi pada pilihan raya kecil Tanjong Datu di sini Sabtu ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Mohd Hashim Abdullah dalam kenyataan di sini hari ini berkata suruhanjaya itu akan menyediakan 16 pusat mengundi dan 25 saluran tempat mengundi.
Katanya semua pusat itu akan dibuka mulai 8 pagi, dengan waktu tutupnya berbeza dan bergantung pada lokasi, jarak serta jumlah pemilih.
Bagaimanapun, kata beliau, semua pengundian akan berakhir pada 5 petang.
Beliau berkata oleh kerana kawasan mengundi dijangka mengalami hujan lebat, maka pemilih dinasihati merancang waktu untuk keluar mengundi dan tidak menunggu hingga saat-saat akhir untuk ke pusat mengundi.
"Bagi para pemilih yang akan mengundi di pusat pengundian yang ditutup lebih awal, kami menasihati mereka supaya datang awal.
"Kepada mereka yang akan mengundi di pusat yang ditutup pada 5 petang, kami menggesa mereka supaya merancang ketibaan masing-masing bagi mengelak berlaku kesesakan," katanya.
BACA: BN akan keluarkan risalah mesej daripada Jamilah Anu
BACA: Dua calon pembangkang PRK Tanjong Datu bakal hilang deposit - Penganalisis
Mohd Hashim berkata pemilih boleh menyemak tempat mengundi masing-masing dengan melayari laman sesawang SPR di www.spr.gov.my.
"Mereka juga boleh menggunakan khidmat pesanan ringkas untuk membuat semakan itu dengan menaip SPR (jarak) SEMAK (jarak) nombor kad pengenalan dan menghantarnya kepada 15888.
"Mereka juga boleh menghubungi pejabat SPR melalui talian 082 254867 atau pejabat utama kami di Putrajaya melalui talian 03 88927018 atau membuat semakan di mana-mana pondok SPR berhampiran tempat mengundi pada hari mengundi," katanya.
Mohd Hashim sekali lagi mengingatkan semua parti politik supaya tidak membuka pondok berhampiran pusat mengundi kononnya untuk membantu pemilih kerana perbuatan itu merupakan suatu kesalahan mengikut Sub-Seksyen 26A(1) Akta Kesalahan-kesalahan Pilihan Raya Umum 1954.
Beliau berkata tempoh berkempen yang bermula 4 Feb, akan berakhir pada tengah malam 17 Feb (Jumaat).
Sementara itu, beliau berkata pengundian adalah dari 8 pagi hingga tengah hari di Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Melano, SJK Chung Hua Sarayan Selarat, SK Stoh dan Dewan Suarah Kg Rambungan.
Bagi yang mengundi di Dewan Suarah Kg Sungai, SK Siar Campuran Kg Bajo, Lundu, Sekolah Menengah Kebangsaan Lundu dan SK Kg Sempadi, mereka boleh berbuat demikian dari 8 pagi hingga 1 tengah hari.
Pengundian di SJK Chung Hua Sematan adalah dari 8 pagi hingga 3 petang, manakala di SK Pueh, SK Kg Sebat, SK Lebai Mentali Kg Sekambal dan SK Temelan/Stunggang pula dari 8 pagi hingga 4 petang.
Di SK Stunggang Melayu Lundu, SJK Chung Hua Lundu dan SK Bumiputera Lundu, pengundian akan berlangsung dari 8 pagi hingga 5 petang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 16 2017

MOHD HASHIM: Sebanyak 9,771 pemilih berdaftar layak mengundi pada pilihan raya kecil Tanjong Datu di sini Sabtu ini. - Gambar fail

AKM: Kanak-kanak warga Korea teruja dapat bergambar dengan PM
Ismail Sabri yang menyedari kehadiran Ayman Inwoo Jeon dan adiknya Minna Jeon, sempat meluangkan masa bersama kedua-dua mereka.
![[INFOGRAFIK] Fakta Hubungan Malaysia-Rusia [INFOGRAFIK] Fakta Hubungan Malaysia-Rusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1983436/thumbnails/8967789641660950070553_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Fakta Hubungan Malaysia-Rusia
Fakta Hubungan Malaysia-Rusia

Liga Juara-Juara AFC: Urawa Red Diamonds belasah JDT 5-0
Episod penuh kejutan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), dalam kempen Liga Juara-Juara Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2022 berakhir selepas tewas 0-5 kepada juara dua kali dari Jepun, Ur

AWANI Ringkas: Pekerja asing perlu kelulusan JTKSM bermula 1 September
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

ISWAMI digesa luaskan kerjasama dengan negara-negara ASEAN
Dalam pertemuan itu, Usman mencadangkan ISWAMI agar memperluaskan kerjasamanya ke peringkat ASEAN.

Kuskop sasar 100,000 pengunjung Jelajah AKM Selangor
Kunjungan orang ramai adalah menggalakkan dan dijangka lebih ramai memeriahkan jelajah tersebut yang diadakan di Stadium Shah Alam.

Ukur baju di badan sendiri, kata Nazri kepada MIC
Mohamed Nazri menjelaskan, isu pengagihan kerusi sepatutnya dibincangkan dalam mesyuarat bukan membuat kenyataan terbuka seolah-olah mengugut UMNO.

ISWAMI teroka peluang baharu di Indonesia untuk media Malaysia
Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) mengambil inisiatif untuk meneroka pengetahuan dan peluang dari media Indonesia.

Pemandu maut, lori terbabas langgar pokok
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir di lokasi kejadian.

Syabil Azam raih perak di Kejohanan Boling Remaja Asia
Syabil Azam merakamkan 416 jatuhan pin manakala pingat emas menjadi milik pemain Taiwan, Lan Shao Kang.