awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

9 dirakam keterangan kes bahan api hilang di pangkalan udara PGU PDRM

Sinar Harian
Sinar Harian
21/07/2024
11:00 MYT
9 dirakam keterangan kes bahan api hilang di pangkalan udara PGU PDRM
Datuk S Sasikala Devi berkata, setakat ini tiada tangkapan terbaharu dan enam individu termasuk tiga anggota polis yang ditahan masih dalam tahanan reman.
SHAH ALAM: Polis telah merakam percakapan sembilan saksi bagi membantu siasatan berhubung kehilangan bahan api jenis kerosin Jet-A1 di Pangkalan Udara Semenanjung, Pasukan Gerakan Udara, Subang.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, setakat ini tiada tangkapan terbaharu dan enam individu termasuk tiga anggota polis yang ditahan masih dalam tahanan reman.
"Setakat ini, kita sudah merakam percakapan sembilan saksi untuk membantu siasatan. Nilai kerugian membabitkan kecurian bahan api itu adalah sebanyak RM105,000,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan polis menahan enam individu termasuk tiga anggota polis berpangkat rendah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan bahan api itu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan bahan api berkenaan pada Isnin lalu.
Hasil siasatan dijalankan beberapa siri tangkapan dilakukan pada Selasa lalu terhadap enam lelaki berusia 31 hingga 55 tahun.
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pasukan gerakan udara
#PDRM
#bahan api hilang
#PGU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan