awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

9 masjid di Terengganu diwartakan lokasi hukuman sebat - Exco

Bernama
Bernama
13/11/2025
09:40 MYT
9 masjid di Terengganu diwartakan lokasi hukuman sebat - Exco
Muhammad Khalil berkata, lokasi itu dipilih bagi memudahkan pengurusan serta memastikan proses pelaksanaan hukuman mengikut tatacara yang ditetapkan. - Bernama
KUALA TERENGGANU: Sembilan masjid di Terenganu diwartakan sebagai lokasi rasmi pelaksanaan hukuman sebat mengikut hukum syarak di luar penjara yang mula berkuat kuasa 20 Nov tahun lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata penetapan lokasi itu dilakukan selepas mendapat perkenan Sultan Terengganu Sultan Sultan Mizan Zainal Abidin dan mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
"Di daerah Kuala Terengganu, dua masjid telah dipilih iaitu Masjid Abidin dan Masjid Al-Muktafi Billah Shah manakala satu masjid masing-masing di daerah lain.
"Lokasi itu dipilih bagi memudahkan pengurusan serta memastikan proses pelaksanaan hukuman mengikut tatacara yang ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke-15 di Wisma Darul Iman di sini hari ini.
Muhammad Khalil berkata antara masjid diwartakan ialah Masjid Wakaf Tembesu (Kuala Nerus), Masjid Sultan Ahmad (Kemaman), Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah (Dungun), Masjid Nasiruddin Shah (Besut), Masjid Ajil (Hulu Terengganu), Masjid Kelulut (Marang) dan Masjid Bandar Permaisuri (Setiu).
Berdasarkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022, bagi kesalahan khalwat kali kedua dan seterusnya, pesalah boleh dikenakan hukuman sebat hingga enam kali, denda hingga RM5,000 atau penjara tiga tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#terengganu
#hukuman sebat
#masjid terengganu
#hukum syarak
#Khalil Abdul Hadi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan