IPOH: Sebanyak 90 acara pelancongan peringkat negeri dan daerah di negeri ini dengan 'tagline' atau slogan 'Promising Perak' akan dilaksanakan sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2024.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelaksanaan itu sebagai persediaan negeri itu menyambut pelancong dari dalam dan luar negara sepanjang tahun depan.
"Selain itu, kerja-kerja menaik taraf lokasi pelancongan dan aktiviti promosi juga giat dilakukan bagi menarik minat lebih ramai pelancong untuk datang ke Perak.
"Pelbagai perancangan dan pelaksanaan akan dibuat sebelum dan semasa TMP 2024 dengan beberapa inisiatif serta aktiviti promosi seperti pakej khas pelancongan 'railtourism', pengiklanan khas di Media Prima dan Perak FM serta di laman sosial TikTok," katanya sempena majlis pelancaran 'Perak Internal Wrapping' perkhidmatan tren elektrik (ETS) sempena TMP 2024 hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri Loh Sze Yee.
SAARANI-TMP 2024 2 (AKHIR) IPOH
Saarani berkata pengiklanan khas sempena TMP 2024 itu akan dilaksanakan bermula Oktober ini hingga Januari 2025 dengan mengetengahkan kelainan menerusi enam tema utama iaitu warisan, makanan, alam semulajadi, hiburan dan keluarga serta kraf tangan yang terdapat di negeri ini.
"Tema ini dipilih bagi memberikan orang ramai pengalaman merasai suasana seperti berada di negeri Perak.
"Besarlah hasrat saya agar segala usaha ini dapat memberikan impak yang baik kepada perkembangan ekonomi Perak khasnya dan negara amnya, justeru saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk melancong ke Perak," katanya.
Sementara itu, Tourism Perak Management Berhad dalam kenyataan memaklumkan pelaksanaan Internal Wrapping ETS merupakan pengiklanan di dalam ETS yang mengetengahkan enam tema utama berkenaan dengan elemen warna lebih terang bagi menarik minat penumpang.
Selain itu, kod pengimbas atau QR kod juga disediakan untuk memudahkan pengguna mendapatkan secara terus informasi pelancongan di negeri ini melalui peranti pintar masing-masing.
Maklumat lanjut mengenai program sempena TMP 2024 juga boleh dilayari orang ramai di laman sesawang Tourism Perak di http://tourismperakmalaysia.com atau laman sosial rasmi Tourism Perak di Facebook, Instagram dan TikTok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2023
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelaksanaan itu sebagai persediaan negeri itu menyambut pelancong dari dalam dan luar negara sepanjang tahun depan. - Gambar fail/BERNAMA
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
90 acara pelancongan sepanjang TMP 2024 - MB
Sebanyak 90 acara pelancongan peringkat negeri dan daerah di negeri ini dengan 'tagline' atau slogan 'Promising Perak' akan dilaksanakan sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2024.