awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

90 peratus kenderaan disita diubah suai tangki seludup bahan api

Bernama
Bernama
30/06/2024
06:15 MYT
90 peratus kenderaan disita diubah suai tangki seludup bahan api
KPDN Kelantan telah mengesan wujudnya bengkel-bengkel yang membuat ubah suai tangki berkenaan termasuk di Pengkalan Tumpat dan Rantau Panjang. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Sebanyak 90 peratus daripada 550 kenderaan yang disita dalam tempoh tiga tahun lepas, telah diubah suai tangki untuk digunakan dalam kegiatan penyeludupan bahan api seperti petrol dan diesel.

Ringkasan AI
  • 90% daripada 550 kenderaan yang disita dalam tiga tahun lepas telah diubah suai tangki untuk kegiatan penyeludupan petrol dan diesel, dengan kereta seperti Proton Wira dan Proton Waja diubah suai sehingga mampu mengisi hampir 200 liter bahan api.
  • Penyeludup menggunakan kenderaan dengan tangki ubah suai untuk elak dikesan, berbanding penggunaan tong yang lebih mudah dihidu pihak berkuasa. Kenderaan pacuan empat roda juga sukar dikesan kerana tangkinya sudah besar.
  • KPDN Kelantan mengesan bengkel yang membuat ubah suai tangki, dan akan berbincang dengan agensi seperti JPJ untuk menangani masalah ini. Sejak Januari hingga kini, 29,932 liter petrol RON95 dan 68,858 liter diesel telah disita.

Pengarah Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan Azman Ismail berkata kenderaan diubah suai adalah keluaran tempatan daripada model Sedan atau hatchback seperti Proton Wira dan Proton Waja, yang sudah uzur dan tidak mempunyai cukai jalan.
Beliau berkata kereta berkenaan diubah suai sehingga mampu mengisi hampir 200 liter bahan api untuk sekali pengisian.
"Sebenarnya taktik penyeludup ini ada pelbagai cara termasuk membuat pengisian menggunakan tong namun taktik itu mudah dihidu pihak berkuasa berbanding menggunakan tangki ubah suai.
"Bagi yang menggunakan kenderaan pacuan empat roda taktik ini agak sukar dikesan kerana tangkinya sudah besar kecuali mereka didapati membuat pembelian berulang di stesen-stesen," katanya.
Menurut Azman, pihaknya juga telah mengesan wujudnya bengkel-bengkel yang membuat ubah suai tangki berkenaan termasuk di Pengkalan Tumpat dan Rantau Panjang.
Katanya, perbincangan akan diadakan dengan agensi berkaitan terutama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mencari jalan terbaik berkaitan kenderaan ubah suai tangki itu.
Sementara itu, Azman berkata sebanyak 29,932 liter petrol RON95 dan 68,858 liter diesel telah disita sejak Januari hingga semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kelantan
#seludup diesel
#sindiket
#ubah suai kereta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan