awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

90 peratus kes dari luar Singapura tiada simptom ketika lalu sempadan

Bernama
Bernama
24/03/2020
04:43 MYT
90 peratus kes dari luar Singapura tiada simptom ketika lalu sempadan
Sejak minggu lepas, Singapura mengalami peningkatan kes COVID-19 yang dibawa dari luar. Gambar Bernama.
Sembilan daripada 10 kes COVID-19 dari luar Singapura dalam tempoh 18 hingga 20 Mac lepas tidak menunjukkan simptom seperti demam semasa mereka melalui pusat pemeriksaan sempadan, menurut laporan The Straits Times.
Oleh sebab itu, semua kes dikesan beberapa hari kemudian, kata laporan media berkenaan yang memetik Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu.
Laporan dalam talian itu menyatakan 90 peratus kes dari luar yang dilaporkan di Singapura dalam tiga hari itu berjumpa doktor di hospital atau klinik swasta selepas pulang ke rumah.
"Mereka tidak menunjukkan simptom semasa di pusat pemeriksaan," kata MOH.
Sejak minggu lepas, Singapura mengalami peningkatan kes dari luar.
Semalam sahaja, ia melaporkan 48 kes jangkitan COVID-19 dari luar, angka tertinggi setakat ini.
Sebagai langkah terkini untuk mengurangkan risiko jangkitan yang dibawa dari luar, semua pelawat ke Singapura perlu mengemukakan satu deklarasi kesihatan kepada Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) sebelum ketibaan mereka Jumaat ini.
Deklarasi kesihatan ini juga terpakai kepada rakyat Singapura, pemastautin tetap, dan pemegang pas jangka panjang termasuk pas pelajar, pas tanggungan, pas kerja dan pemegang pas lawatan jangka panjang. - BERNAMA
BACA: Pengunjung ke Singapura perlu serah deklarasi kesihatan lebih awal
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#koronavirus
#pemeriksaan sempadan
#Pusat Pemeriksaan ICA
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan