awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

9,078 jemaah haji sudah berada di Tanah Suci

Sinar Harian
Sinar Harian
30/05/2023
04:00 MYT
9,078 jemaah haji sudah berada di Tanah Suci
Jemaah haji yang tiba secara berperingkat di Mekah. - Foto Sinar Harian
MEKAH: Sejumlah 9,078 jemaah haji sudah berada di Tanah Suci meliputi 2,966 orang di Mekah dan 6,112 di Madinah.
Mereka adalah jemaah yang telah berlepas 21 Mei lalu melibatkan 30 daripada 98 penerbangan dan pesawat terakhir dijangka tiba di Tanah Suci pada 21 Jun ini.
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, setakat ini operasi haji berjalan dengan lancar dan kesihatan para jemaah berada dalam keadaan baik.
“Cumanya lapan jemaah telah dimasukkan ke hospital iaitu enam individu di Hospital Tabung Haji (TH) di Madinah dan Mekah, manakala dua lagi ditempatkan di hospital Arab Saudi di Mekah.
“Mereka yang berusia 60 tahun ke atas itu dirujuk ke hospital kerana mengalami jangkitan paru-paru dan seorang jemaah wanita cedera di kaki kerana terjatuh,” katanya pada sidang media mingguan di Abraz Al Janadriyah di sini pada Isnin.
Dalam pada itu, Syed Saleh berkata, Malaysia sekali lagi menjadi negara pertama mendapat kebenaran daripada kerajaan Arab Saudi pada 25 Mei lalu untuk membuka operasi pusat kesihatan di Madinah.
“Alhamdulillah ini adalah satu pengiktirafan kepada perkhidmatan kesihatan kita dan juga menunjukkan persediaan dan fasiliti yang ada telah mencapai satu tahap tinggi membolehkan kepada kebenaran beroperasi ini.
“Dari segi nisbah kemudahan yang disediakan seperti katil dan doktor dengan jumlah jemaah haji, tidak dapat dinafikan bahawa kita yang terbaik dan tertinggi berbanding dengan pihak lain,” katanya.
Jelasnya lagi, pada tahun ini juga kriteria untuk mendapatkan kelulusan adalah lebih ketat namun TH berjaya memenuhi setiap keperluan yang ditetapkan Arab Saudi.
Kata beliau, antara perkara yang dinilai ialah dari segi fasiliti, ambulans, peralatan, ruang beroperasi, jumlah pakar perubatan dan pengurusan sisa klinikal.
Syed Saleh berkata amalan dan prosedur operasi standard (SOP) sektor kesihatan Malaysia membantu kelulusan berkenaan, selain hubungan baik Malaysia-Arab Saudi khususnya rombongan haji negara dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
“Untuk kelulusan pusat kesihatan di Mekah pula, ia sedang diusahakan seperti mana yang dilakukan di Madinah yang mana kita sudah bertungkus-lumus sejak tiga bulan lalu,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#jemaah haji
#Syed Saleh Syed Abdul Rahman
#Tanah Suci
#Tabung Haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan