awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

91 warga asing ditahan di kilang kitar semula besi di Kuantan

Bernama
Bernama
27/09/2024
15:47 MYT
91 warga asing ditahan di kilang kitar semula besi di Kuantan
Sebanyak 91 warga asing ditahan dalam serbuan di sebuah kilang barangan kitar semula bahan besi di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan, Pahang pada Rabu lepas. - Foto Facebook JIM Pahang
KUALA LUMPUR: Sebanyak 91 warga asing ditahan dalam serbuan di sebuah kilang barangan kitar semula bahan besi di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan, Pahang pada Rabu lepas.
Ketua Pengarah JIM Datuk Zakaria Shaaban berkata mereka yang ditahan pada 12 tengah hari itu terdiri daripada 48 warga China, Pakistan (21), Bangladesh (19), Myanmar (dua) dan Indonesia (satu), berusia lingkungan 21 hingga 60 tahun.
Beliau berkata kesemua warga asing berkenaan ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan dibawa ke Depot Imigresen Kemayan, Pahang untuk siasatan lanjut.
"Sebanyak tujuh notis untuk hadir ke pejabat imigresen bagi membantu siasatan dikeluarkan kepada warga tempatan yang berada di lokasi sewaktu operasi dijalankan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada masa sama, Zakaria berkata operasi itu dilaksanakan bagi mengesan mangsa pemerdagangan orang iaitu buruh atau perkhidmatan paksa dalam kalangan golongan rentan berpandukan Garis Panduan Nasional mengenai Penunjuk Pemerdagangan Orang (NGHTI) 2.0.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga asing ditahan
#Kilang Besi
#kawasan perindustrian gebeng
#jabatan imigresen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan