awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

911 Targa 4S dan Cayenne baharu dilancarkan

Astro Publication
Astro Publication
01/06/2015
07:08 MYT
911 Targa 4S dan Cayenne baharu dilancarkan
Serentak dengan pelancaran Porsche Centre Sungai Besi, pihak Sime Darby Auto Performance (SDAP) memperkenalkan model 911 Targa 4S dan varian-varian Cayenne terbaharu ke pasaran tempatan.
911 Targa 4S Varian Targa sangat jarang dikaitkan dengan prestasi yang diharapkan untuk mana-mana model Porsche. Faktor halangan yang paling besar adalah penggunaan kaca yang terlalu besar untuk bumbung Targa tersebut, satu beban yang malangnya terletak di kedudukan paling atas kereta tersebut. Tetapi lihatlah Targa baharu ini – ianya sungguh menawan dan masih mengekalkan B-pillar tebal untuk kesinambungan penggayaan Targa. Dan berbeza dari dahulu, bumbung fabrik dengan kerangka magnesium banyak menjimatkan berat, dan masih boleh dilipat ke dalam untuk pengalaman memandu lebih memuaskan.
Masa untuk membuka atau memasang kembali bumbung ini mengambil masa 19 saat.
Porsche 911 Targa 4S ini mempunyai enjin 3.8-liter 6-silinder jenis Boxer yang menghasilkan 400hp dan 440Nm yang dihantar ke empat-empat roda melalui kotak gear klac berkembar PDK 7-kelajuan. 0-100km/j mengambil masa 4.4 saat (dengan pakej Sport Chrono).
Cayenne Lima varian Cayenne baharu diperkenalkan serentak: Cayenne, Cayenne Diesel, Cayenne S, Cayenne S Diesel, dan buat pertama kali di Malaysia, plug-in hybrid Cayenne S E-Hybrid.
Porsche adalah salah satunya yang mempunyai tiga pilihan model hibrid ‘plug-in’ termasuk 918 Spyder dan Panamera S E-Hybrid. Teknologi cekapnya membolehkan ia mencatat kadar penggunaan bahan api serendah 3.4-liter setiap 100km. Model Cayenne S pula sudah menggantikan enjin V8 dahulu kepada unit 3.6-liter V6 dengan biturbo yang memberi lebih 20hp (kepada 420hp), dan penambahan tork sebanyak 50Nm kepada 550Nm.
Kuasa Cayenne Turbo juga telah meningkat kepada 520hp dan tork sekarang adalah 750Nm. Varian Cayenne S Diesel dengan enjin 3.0-liter V6 pula mampu untuk menghasilkan 262hp dan 580Nm. Ini tidak sehebat Cayenne S Diesel dengan enjin 4.2-liter V8: 385hp dan 850Nm. Ia memecut dari rehat ke 100km/j dalam hanya 5.4 saat. Tidak dinyatakan pula harga permulaan bagi model-model ini tetapi ini bukanlah perkara aneh. Harga Porsche di Malaysia (dan banyak pasaran-pasaran lain) banyak bergantung kepada kadar tukaran mata wang dan ditambah dengan kepelbagaian yang boleh dibuat pembeli menerusi ‘customisation’, harga muktamad memang banyak berubah-ubah.
Topic Berkaitan
# 911
# cayenne
#Porsche
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan