Skip to main content

Malaysia

91.7 peratus pekerja tetap GLIC, GLC terima gaji sekurang-kurangnya RM3,100 setakat akhir 2025

Kementerian kewangan_BERNAMA
Sebanyak 91.7 peratus pekerja tetap rakyat Malaysia di seluruh ekosistem enam syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan 37 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) meraihkan pendapatan sekurang-kurangnya RM3,100 sebulan sehingga Disember 2025.
Advertisement

PUTRAJAYA: Sebanyak 91.7 peratus pekerja tetap rakyat Malaysia di seluruh ekosistem enam syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan 37 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) meraihkan pendapatan sekurang-kurangnya RM3,100 sebulan sehingga Disember 2025.

Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan bahawa peratus tersebut meliputi seramai  189,817 daripada 206,987 dan pencapaian itu mencapai penanda aras gaji kehidupan wajar.

“Ini susulan komitmen dibuat secara bersama oleh kesemua enam GLIC pada Mei 2025,” menurut kenyataan dikeluarkan sempena penerbitan laporan kemajuan GEAR-uP MoF hari ini.

Sementara itu, menurut laporan kemajuan GEAR-uP, program itu bertujuan menyokong golongan yang memerlukan serta mempunyai potensi perkembangan terluas seperti pemilik perniagaan mikro, komuniti luar bandar dan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

Pada masa sama, komitmen seperti gaji kehidupan wajar diperluas ke seluruh tenaga kerja GLIC dan GLC, sekali gus memastikan peningkatan paras lantai pendapatan itu dinikmati setiap pekerja warganegara Malaysia.

Enam GLIC menerajui langkah yang diumumkan pada 1 Mei 2025, dimana komitmen agensi itu melibatkan setiap pekerja yang dibayar gaji kehidupan wajar dan menerajui pelaksanaan gaji kehidupan wajar di seluruh GLC,menurut laporan tersebut.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement