awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
COP30: TNB pengupaya utama pacu kerjasama tenaga menerusi Grid Kuasa ASEAN
Malaysia raih pelaburan digital diluluskan RM54.13 bilion pada suku ketiga 2025 - MDEC
Parti pemerintah Kosovo dahului pilihan raya Parlimen
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

94 peratus peneroka di Pahang sudah miliki surat hak milik tanah

Bernama
Bernama
05/12/2022
12:55 MYT
94 peratus peneroka di Pahang sudah miliki surat hak milik tanah
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berucap pada Majlis Penyerahan Suratan Hak Milik Felda Seledang 2 hari ini. - Foto BERNAMA
ROMPIN: Sebanyak 40,538 atau 94 peratus daripada 43,126 peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di seluruh Pahang telah menerima surat hak milik tanah mereka, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Beliau berkata kerajaan negeri juga menyasarkan supaya baki peneroka yang belum menerima surat hak milik akan menerima hak milik berkenaan dalam tempoh tiga tahun.
"Peratusan mereka yang telah menerima surat hak milik yang tinggi menunjukkan komitmen kerajaan negeri membantu peneroka memperoleh hak milik tanah," katanya semasa berucap pada Majlis Penyerahan Suratan Hak Milik di Felda Selendang 2 di sini hari ini, melibatkan 132 peneroka di felda tersebut.
Pada majlis itu, 132 peneroka menerima surat hak milik meliputi 132 lot rumah dan 208 lot pertanian kelapa sawit.
Selain itu, Wan Rosdy juga memaklumkan kerajaan negeri bersetuju mengambil alih 10 tapak projek perumahan generasi baharu yang terbengkalai daripada Felda untuk dimajukan semula sebagai inisiatif menyediakan perumahan kepada masyarakat tanah rancangan.
Pada majlis itu, Wan Rosdy juga mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi menaik taraf surau di felda berkenaan, dengan RM200,000 daripadanya adalah melalui Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) manakala bakinya ditanggung kerajaan negeri.
Beliau berkata naik taraf itu dibuat bagi memudahkan penduduk menunaikan solat Jumaat kerana dimaklumkan surau itu kecil dan tidak dapat menampung jemaah yang bukan hanya dari Felda Selendang 2, tetapi juga dari kawasan sekitar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#peneroka Felda
#Pahang
#Surat Hak Milik Tanah
#Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan