awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bekas pengetua tidak tahu wujud pernyataan bertulis lima orang pelajar
WEF2026: Venezuela akan capai kejayaan yang amat cemerlang - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

96 individu dikehendaki Polis Sarawak

Bernama
Bernama
22/05/2019
07:33 MYT
96 individu dikehendaki Polis Sarawak
Sejumlah 78 individu dikehendaki di Sarawak untuk membantu siasatan bagi kes tipu yang melibatkan pelbagai jenis jenayah.
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak kini sedang mengesan 96 individu yang dikehendaki bagi membantu siasatan polis.
Ketua JSJK Sarawak Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata antara kesalahan yang dilakukan oleh individu berkenaan adalah kes tipu, pecah amanah, kesalahan jenayah komputer, salah guna harta dan kes VCD/DVD lucah.
"Sejumlah 78 individu dikehendaki untuk membantu siasatan bagi kes tipu yang melibatkan Macau Scam (11 individu), African Scam (6), tipu menyamar (5), tipu cek (4), tipu dalam talian (4), tipu kebajikan (3), pelaburan (3), tipu tanah (3), pelancongan (2), tipu bomoh (1), tipu toto (1) dan lain-lain (1).
"Kes pecah amanah seramai 14 individu, Akta Jenayah Komputer dua individu dan salah guna harta dengan curang seorang sahaja. Kesemua yang dikehendaki adalah orang tempatan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini, hari ini.
Mustafa berkata, individu yang paling dikehendaki polis adalah Mohd Azlan Mat Muda, 30, beralamat di No.6, Kampung Pandan Lundu bagi membantu siasatan kes tipu pelancongan.
"Setakat ini, seramai 62 orang telah menjadi mangsa dan 34 laporan polis telah dibuat yang melibatkan kerugian kira-kira RM130,000 dan sehingga kini suspek masih aktif menipu," katanya.
Untuk senarai nama individu yang dikehendaki, layari laman sosial Facebook Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi ASP Pricha Azin di talian 019-889 7640, ASP Arthur Medang di talian 013-7600 9771 atau Insp Hamizan Ismail di talian 016-445 5695.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#individu dikehendaki
#Jabatan Siasatan Jenayah Komersial
#jenayah
#JSJK
#polis pdrm
#Sarawak
#scam
#siasatan polis
#sindiket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan