awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

99 warga asing ditahan di premis hiburan di Kuantan

Bernama
Bernama
15/06/2025
03:00 MYT
99 warga asing ditahan di premis hiburan di Kuantan
Kebanyakan warga asing wanita yang ditahan bekerja sebagai GRO yang ditempah menerusi pelbagai platform, antaranya aplikasi WeChat. - Gambar fail/BERNAMA
KUANTAN: Seramai 99 warga asing termasuk 85 wanita ditahan menerusi enam serbuan di premis hiburan di sini awal pagi tadi.
Pengarah Jabatan Imigresen Pahang Nursafariza Ihsan berkata kesemua mereka diberkas selepas pihaknya melakukan pemeriksaan ke atas 369 individu dalam operasi yang bermula pada 1 pagi itu.
Beliau berkata mereka yang ditahan membabitkan warga Thailand, Laos, Bangladesh, Yaman, dan China, berusia lingkungan 25 tahun hingga 40-an.
Kebanyakan warga asing wanita yang ditahan bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) yang ditempah menerusi pelbagai platform, antaranya aplikasi WeChat.
"Mereka yang ditahan ini disyaki salah guna permit kerana selepas pemeriksaan kita mendapati kebanyakannya pemegang permit di sektor pembinaan dan pembersihan selain ada juga hanya memiliki pas lawatan sosial," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata kesemua tangkapan dibawa ke Depot Imigresen Kemayan, Bera, untuk siasatan lanjut, antaranya mengikut Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Imigresen
#Kuantan
#warga asing
#pusat hiburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan