awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
Insentif Pengeluaran Getah diaktifkan di Sabah, Sarawak untuk Januari 2026
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

99.71 peratus kes positif di Sarawak daripada kategori 1 dan 2

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
18/08/2021
11:48 MYT
99.71 peratus kes positif di Sarawak daripada kategori 1 dan 2
Sejumlah 82.61 peratus bersamaan 1,159 daripada 1,403 kes positif COVID-19 di Sarawak hari ini adalah tergolong dalam kategori 1 dan 2.
KUCHING: Sejumlah 82.61 peratus bersamaan 1,159 daripada 1,403 kes positif COVID-19 di Sarawak hari ini adalah tergolong dalam kategori 1 dan 2.
Manakalah 0.29 peratus atau empat orang adalah pesakit daripada kategori 3,4 dan 5 yang memerlukan ventilator.
Menurut kemas kini laporan harian COVID-19 Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak menjelaskan daripada 1,403 kes keseluruhan di Sarawak hari ini, 884 kes dikesan daripada individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19z
Sementara itu Sarawak juga mencatatkan 11 kluster baharu dengan lima kluster komuniti manakala selebihnya kluster tempat kerja masing-masing di daerah Kuching, Serian, Sibu, dan Selangau.
“Jumlah keseluruhan kluster aktif di Sarawak ialah 119 kluster dengan 16 kluster mencatatkan 116 kes baharu dan satu kluster telah tamat iaitu kluster Semuja di Serian.
“Seramai 881 orang individu melibatkan 11 kluster baharu itu telah disaring dan hasilnya 380 orang telah didapati positif serta satu kes kematian turut dilaporkan melibatkan Kluster Kampung Sungai Lisat, Serian,” jelasnya.
Antara kluster yang baharu dikenalpasti ialah Kluster Kampung Muara Tebas 2, Kluster Jalan DBKU, Kluster Semada, Kluster, dan Kluster Tanjung Kibong 2.
Hari ini, 1,403 kes positif COVID-19 dilaporkan di Sarawak manakala dua kematian direkodkan melibatkan warga emas di Sibu dan Kuching.
Topic Berkaitan
#kes positif
#COVID-19
#Sarawak
#JPBN Sarawak
#Kluster tempat kerja
#kluster komuniti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan